Thursday, June 30, 2011

Mulai Membenci Kamu.


Apabila kamu hanya berlaku baik apabila ada kepentingan. Andai kemahuan kamu tidak dituruti kamu secara langsung akan mendikriminasiMengata akan keburukan orang dengan tanpa sedar akan kelemahan sendiri. Sedangkan kamu sama sahaja. Tolonglah berubah dan belajar daripada apa yang telah berlaku berbanding dari hanya menunding kesalahan pada orang lain.



Sunday, June 26, 2011

Berangan..





 Nak join group break dance/ street dance. Lepas tu compete macam kat Showdown 8TV. Weee!








Hahahahaha. Lupakan je la Hidayah. ;p

Friday, June 24, 2011

Pengajaran Untuk Hidup Lebih Bahagia


* Mulakan dengan permikiran yang positif.

* Kawal emosi dangan baik. Orang suka lihat orang yang tenang 
walau hadapi apa pun keadaan yang kabut. :)


* Cakap hanya perkataan yang baik sahaja. Simpan atau berdialog la

 hanya didalam hati tentang perkara yang tidak elok.

* Berlaku baik pada semua orang tanpa mengharapkan balasan. 
Maka sifat dendam tidak akan wujud dalam diri kita.


* Sentiasa senyum, dan ikhlaslah melemparkan senyuman itu setiap kali.
Kerana orang dapat rasakan keikhlasan kita itu dan pahala pun dapat. :)

* Apabila melalui keadaan yang sukar, melakukan kesilapan. Jangan tertekan.

Gelak dulu, ambil nafas dan mulakan semula. :)

* Jangan dengar/berada dikelompok orang yang sedang bergosip.
Cuba buat sibuk dengan kerja lain. 



* Jangan dengar kata-kata orang yang perli, sindir, kata belakang.
Sebab ia hanya akan membuat kita rasa tidak yakin dengan dirir sendiri.

Minta nasihat dengan cara yang elok. Ia nyata lebih membantu dari menyindir.


* Selalulah meminta maaf sekira berlaku silap dan memaafilah orang lain.
Kerana semua orang berlaku silap dan berikan dia peluang untuk berubah.



* Lakukan kerja dengan seikhlas hati. Kalau tidak, cuba lahirkan rasa ikhlas itu.
Melakukan kerja dengan hati yang tidak ikhlas hanya akan memberi musibah.



* Cuba untuk tidak menyusahkan orang lain. Buat apa pun dengan sedaya upaya.

Meminta pertolongan hanya apabila benar-benar tidak mampu.



* Rapat hanya dengan orang yang boleh dipercayai dan contohi sifat itu.
Jadikan anda juga seorang kawan yang berbaloi didekati. 





Sama-sama kita mencuba untuk menjadi insan yang lebih baik. Tidak salah berniat untuk berubah. Malah orang akan lebih menyukainya.

Thursday, May 19, 2011

My Lil' Heaven



Inilah bilik aku. Tak sebesar mana tapi memadai bagi aku yang seorang ni dan sebab ni juga kenapa aku suka memerap dalam bilik. Hobi aku dari zaman sekolah lagi menghabiskan duit belanja dengan membeli barang untuk menghias bilik. Bagi aku itu therapeutic therapy bila stress.   Haha! Jadi, dari semasa ke semasa inilah hasilnya. Bilik ni cuma tak ada mini bar je (Akan datang, InsyaAllah). Apabila telah adanya satu lagi kemudahan itu. Maka, bilik ini menjadi sempurna. Hehe!



Memang suka mengutip gambar dan tampal dalam bilik. Boleh tengok hari-hari.
Masa kecil sangat comel. (Eceh~)


Koleksi cermin mata. Tapi yang favorite dan selalu pakai 1 je. Hehehe!


Tempat beradu.



Koleksi tudung syria yang hanya dipakai bila nak cepat, keluar sebentar dan bila orang  datang rumah. Kalau tidak, bawal, pasmina dan shawl menjadi pilihan hati. 
(Sebab kalau pakai syria muka macam indon. HAHAHA!) 


Lukisan batik pada kepala katil tu hasil kerja khusus Seni masa Form 5.





Almari dah bertompok. Sebab dulu suka tampal gambar kenangan banyak2 kat situ.

Asyik cabut je. Dah buruk almari. Y_Y




Kata-kata inspirasi.



Ini la Ms. Lappy. Kesayangan.


Kumpulan buku masakan, Nursing, fiction, novel, diari bla bla..


Bantal untuk lapik duduk/baring/meniarap/terlentang di atas lantai.


Memorial board a.k.a Papan kenyataan.





Kadang bila boring sangat sorang. Aku selalu jugak ajak kawan datang buat hangover. Tengok movie. (Atau hanya hang over dengan mak aku) Hehe! 


 P/S: Ni masa ia kemas. Sumpah kamu tak akan nak tengok bila bilik ni selerak. Hahaha!




Thursday, April 21, 2011

Hoi!

Bagi je la handphone aku balik. Aku tunggu lama tau tak?
 Boleh gila macam ni tunggu kamu baiki dah sebulan dah ni. Ergh! 


Geram!





Benci kau.  ;(