Thursday, April 14, 2011

Alhamdulillah

Baru baru ini hari terasa lebih ceria
Hidup bagai lebih bermakna
Yang aku lalaikan telah menjadi rutin hidup
Aku bersyukur

Selama ini satu per satu petunjuk diperlihatkan
Tetapi aku hanya melihatnya sekilas pandang
Betapa aku meronta untuk berubah
Untuk akur mengikut pertunjuk itu 
Tapi niat hanya tinggal niat
Dari hari ke hari
Terlalu malas untuk diusahakan.

Kini
Hidup tidak lagi merasa kosong
Aku merasa lebih bahagia
Tidak lagi aku menagih 
Kasih seorang insan
Kerana kasihku pada Penciptaku
Dan aku lebih bahagia
Lebih dari biasa


Terima kasih
Akhirnya aku berjaya
Mencapai apa yang aku sangat impikan 
Selama ini dalam hidupku
Untuk taat padaMu

Terima kasih
Atas semua petunjuk yang telah Kau berikan
Sehingga akhirnya aku memulakan langkah jua
Terima kasih ya Allah
Terima kasih.


Tawaduk kan lah hati ku
Hindarlah aku dari
Manjadi hamba yang derhaka lagi
Perkenankanlah permintaanku ini
Amin.


Sunday, April 10, 2011

Sayang, Kakak Rindukan Kamu!


Sayang, kakak rindu kamu. Kakak rasa nak nangis. Kakak hantar kamu ke Ikhwan untuk baiki. Terasa sangat lama untuk dapat pegang kamu balik. Dah seminggu lebih kakak rasa. Kakak sangat risau kalau kamu apa-apa ke. Kakak sangat risau. Cepat la dapat package yang berisi kamu didalamnya. Kakak sangat tak sabar nak tengok, pegang, belek kamu balik. Kakak sangat merindukan kamu! Kakak janji kakak tak akan hantar baiki kamu jauh-jauh lagi lepas ni. Seksa hati kakak risaukan kamu. Sayang kakak satu ni. Kamu la penghibur hati kakak senantiasa. T_T

Things To Grab!


Huh! Banyak benda yang dah lama diidamkan nak beli. Geram je. Berapa lama dah pendam ni. Tapi one by one. Kalau ada rezeki ada la. Kalau tak ada nanti-nanti la. Ok. Barangnya biasa-biasa je pun. Janji puas hati guna. Antara barang-barangnya dalam list sekarang ni ialah:




Kalau orang semua dok sibuk dengan handphone macam Blackberry. Aku pulak dok sibuk dengan handphone macam ni. Mula-mula minat pada T-mobile Sidekick III (Super cool! Tapi function old fashion dah) So, aku pilih antara Nokia N900 atau E7 dan setelah teliti membandingkan antara dua model handphone ni aku memilih yang ini sebab anda boleh tengok kat sini.





Swatch Core Collection Be Found Pink
Sangat meminati design jam Swatch. Sebelum ni aku dah ada satu Swatch Check Pea dari Core Collection juga. Cuma nak cari yang ladies sikit yang padan apabila digayakan dengan baju kurung  atau apa-apa yang sesuai dan nampak lebih lembut.  :)




Casio G Shock G Lide
Jam ni dah lama teringin sebab jam macam ni lebih casual boleh match dengan apa-apa simple outfit. Dari tahun 2009 (masa zaman kolej)  nak jam macam ni. Tak pe, ada rezeki nanti beli. InsyaAllah. 




Vincci Wedges (Lebih kurang macam ni la)
Masa jalan-jalan dengan Syafira dan Andahar ke Jusco Ipoh. Singgah kat Vincci tengok kasut Sale. Belek satu per satu aku ada berkenan dengan kasut ni. Haih~ Dah la tengah mencari wedges sekarang ni. Macam tau-tau je pun. Hehehe! Must grab it ASAP!




Coach Handbag
Yang ini tak penting sangat sebab tu item paling bawah dalam list. Sebab handbag dah banyak. Rasa nak jual yard sale pun ada. Tapi sayang semua tu. Hehehe! Nanti-nanti la kalau rasa nak beli + ada sale beli kot.  :)





InsyaAllah. Kalau murah rezeki..


P/S: Gambar semua sumber dari Google

Thursday, March 31, 2011

Sangat Bersyukur

Chapter yang mendapat kerja telah dicapai. Akan meneliti surat kontrak tu Isnin ni dan memikirkan sehabis-habis baik sebelum mempersetujuinya. Alhamdulillah. Aku sangat berbesar hati. Tak sabar untuk beritahu mak tentang ni tapi tunggu dia balik dari umrah dulu dan raikan sama-sama. InsyaAllah. Berkat doa mak, opah, keluarga, saudara mara dan kawan-kawan. Terima kasih semua. :)

Friday, March 25, 2011

Malas

Selalu je dok telek blog ni dengan niat nak update dengan entry terbaru. Tetapi oleh kerana malas mengarang yang tahap maximum. Maka, usaha itu hanya menjadi angin yang lalu je la. Hehe!

Perkembangan terbaru:



1. Kena demam lagu-lagu, cerita drama Korea.
2. Sangat mencintai Kevin Kim dari Ze:A (Oh!)
3
Dalam cubaan untuk berdiet dan jadi kurus.
4. Addicted tengok cerita Julianna & Bill. (Pasangan optimistik. Suka!)
5. Ya. Masih belum mempunyai kerja. Usaha! 
6. Dalam keadaan kewangan yang sangat merosot.
7. Hampir sembuh separuh dari luka kekecewaan.
8. Mak pergi umrah selama 2 minggu. Stay di rumah sepupu di Kota Damansara.
9. Memerlukan kerja tetap dengan kadar secepat mungkin. T_T
10. Gambar terbaru masa di KLIA..




Gambar: Ehsan dari Ateh



Wednesday, March 9, 2011

Kecewa.




Sakit










Tak terungkap dengan kata-kata











Bye bye untuk kamu












Semoga kamu bahagia.