Wednesday, October 23, 2013

Selagi hidup..

Hargai

Semua yang ada di sekeliling
Biar baik atau buruk
Sentiasa sabar dengan karenah
Manusia berbeza kan
Seperti aku juga
Seperti mana mereka bersabar
Dengan karenah aku

Jangan sampai dah tiada
Baru nak kenang
Baru nak rindu
Baru nak masa lagi
Untuk luang bersama
Ambil pengajaran
Yang dah tiada tak dapat datang balik
Untuk belai, sayang aku
Macam dulu

Hargai

Moga yang masih ada ni
Aku sayangi
Seikhlas hati
Sebab esok tak tentu
Mereka ada lagi untuk aku
Untuk aku manja-manja lagi

Jangan

Suka terasa hati
Kalau kena perli,  bahan
Mereka gurau je
Saja menyakat
Suka tengok aku merajuk, melenting

Jangan

Selalu ambil hati
Kalau ada buat silap, salah
Aku pun buat silap juga
Maafkan je la
Ingat benda yang baik
Banyak yang lagi berbaloi kenang

Sayang semua yang ada sekarang
Ye Hidayah.
Kalau tak mampu bahagiakan mereka
Doakan kan kesejahteraan mereka.
Moga Allah berkati hidup mereka
Ada juga jasa yang boleh sumbang

Ya Allah,  peliharalah mereka yang aku sayangi
Sepertimana mereka menyayangi aku dari kecil hingga sekarang
Hanya Engkau tempat aku meminta
Perkenankanlah.