Monday, August 12, 2013

New Updates!


Dah lama tak update blog lepas tu baru hari ni nak update tengok-tengok dah lain macam blog ni. Dah jadi binggung otak nak log in dan update Asyik tekan ulang alik kat situ je. Haih serabut serabut. Lepas ni tak nak klik lagi kalau ada nak upgrade apa-apa lagi. Sesubuh ni aku tak boleh tidur maka aku mengambil keputusan untuk update blog yang lama terpinggir setelah sekian lama ni. Heee!


Anyway, dengan sukacitanya ingin memaklumkan dalam masa lagi 2 minggu insyaAllah aku akan bergelar si isteri. Pejam celik pejam celik dah setahun 2 bulan kami berkenalan. Mengenal peribadi dan keluarga masing-masing, merancang masa depan dan dalam usaha untuk membinanya bersama. Siapa? Mr. Make My Day a.k.a sekarang ni dah jadi putera hati. Hee!



Dari pandangan pertama aku sangat mengkagumi dia. Bercita-cita supaya anak-anak aku nanti nak semua ikut peribadi dia. Ikhlas. Aku sangat kagum dengan budi bahasa dan peribadi dia. Tak pernah aku ,jumpa lelaki yang penyayang, berbudi bahasa, sangat penyabar macam dia. Selain dia bijak, pendiam dan pemalu. Siapa pun akan terpikat. Alhamdulillah. Doa aku selama hari ini dimakbulkan Allah. Mr. Always Make My Day tu yang akan menjadi suami aku kelak. Aku bersyukur sangat.






Dikurniakan bakal family ipar yang walaupun tak havoc macam family aku namun masih sangat mesra, sangat mengambil berat, bahagia dengan cara tersendiri. Banyak benda baru tentang mengharungi hidup dan membina masa depan yang boleh aku belajar dan contohi dari parents putera hati. Something life worth to emulate with. Plus, Aku dah ada 2 kakak dan 1 adik perempuan. Happy! Tak rasa sunyi sangat. Oh ye, Abang aku yang 2nd (Angah) dah selamat jadi suami pada kakak ipar aku Kak Hawa. So, aku ada 3 kakak buat masa ni. Yeay! Insya Allah more sisters to come. And hopefully the more merrier it would be. Amin.






InsyaAllah, kami bakal dinikahkan pada 23hb dan bersanding pada 24hb Ogos 2013 ini. Nervous? Harus. Sangat-sangat. Macam-macam yang bermain di benak minda yang kadang sarat dengan memikirkan apa lagi yang tak settel? Macam mana nak hadapi hari tu nanti? Apa pula perancangan lepas ni? Gulp! Gulp! Gulp!



Berdoa banyak-banyak moga semuanya berjalan dengan lancar, dipermudahkan urusan dan hubungan ini sentiasa dibawah rahmat Allah s.w.t. Amin. Doakan kami ye. Jemputlah datang buat sesiapa yang kenal diri ini. Terima kasih sudi baca entri ni. Eceh. Lepas ni aku share tentang kad, pelamin segala. Ok? Till then..

No comments:

Post a Comment

People responses..