Monday, August 12, 2013

Aidil Fitri 2013


Lokasi: Rumah Shamsul Sapian.

Alhamdulillah tahun ni masih diberi peluang untuk merasa beraya bersama family dan kawan-kawan. Gambar raya family masih belum upload. Yang ini je yang cepat dan pantas dapat diupload. Port gambar tahun ni memang boleh jadi port wajib ambil gambar setiap tahun la kan. Haha! Gembira lagi sebab  merasa nak join konvoi raya sama-sama sahabat sehidup semati ni. Lepas ni dah kahwin. Kalau boleh nak teruskan juga lepas kahwin ajak sekali dengan putera hati. Mesti best!



Dimulakan dengan beraya di rumah Andahar. Mak dia masak laksa. Makan tak ingat dunia sebab rumah 1st raya. Lapar +  favorite. Gosip-gosip dengan mak dia yang serious sporting. Memang kenal sangat dah kawan-kawan anak dia ni. Riuh! Hehe.


Next, beraya ke rumah Shamsul. Mak dia masak laksa juga. Best juga sebab ada pucuk goreng macam laksa Cik Ti kat Stesen Bas, Tapah. Memang ketagih. Memang dapat makan kat sini je yang sedap. Tengok gambar bawah ni pun dah telan air liur. Yummeh!



Gambar ehsan dari: Journey Of Life


 Pergh! Memang makan lagi la. Raya bukan selalu kan? Ayat cover line. Tahun ni ada geng baru diserap masuk oleh Sha'ari. Si Hisham. Tiga dari kanan. Jiran lama dulu masa kecil. Dah lama sangat tak jumpa. Tapi maintain boleh masuk kepala dengan kami macam masa kecil juga. Terbaik. Hahaha!





















Gambar yang cerah ni hasil dari kamera handphone Sha'ari. Baru nampak Nur di muka masing-masing. Eceh.




Meteor!! Ahaks. Acah mat labu..

No comments:

Post a Comment

People responses..