Tuesday, September 11, 2012

Terpanggil


Tengah belek-belek laman  Facebook dengan tujuan untuk melihat post dan komen terbaru dari rakan-rakan sambil dengar lagu Maher Zain - So soon ( tak tau boleh pasrah je dengar sebab selalu tak nak sebab nanti sedih) tetiba aku terlihat akan post ini. 




Lepas baca tentang dia dan blog dia dan ulasan tentang pemergian dia buat tersentuh hati. Tiba-tiba berbagai-bagai persoalan bermain didalam minda yang separa kosong ni. Terkenang macam mana aku pula nanti? Macam mana kalau aku pergi nanti? Bagaimanakah orang akan kenang aku nanti? Macam mana la pula cara aku nanti?

Teringat bila aku melawan cakap mak, abah. Bila lawan gaduh dengan adik beradik aku. Kecilkan hati kawan-kawan. Berbuat zalim. Tinggal solat semua. 

Terpanggil aku untuk menulis entry ni untuk memohon ampun untuk semua salah dan silap dari segi laku, perkataan dan apa yang terlintas di minda sama ada sengaja atau diluar sedar buat semua yang kenal aku samaada selama berkenalan, berkawan dan yang rapat dengan dari aku dari kecil sampai dah besar panjang ni. Aku tau aku banyak dosa. Mungkin kadang aku buat dosa aku minta maaf atau mingkin aku bongkak aku buat tak tahu je. Aku minta maaf buat sekali lagi.

Aku bukan manusia yang sempurna. Penuh dengan kesilapan cuma admit dengan tak je. Sentiasa mengambil ikhtibar dari setiap kesilapan lampau untuk pengajaran melalui masa akan datang dengan lebih baik. Kadang-kala langkah yang aku ambil  mungkin menguris hati insan sekeliling aku. Tapi sedarlah, aku sedang belajar untuk berubah. Tiada niat aku untuk melukakan sesiapa. Harap tiada lagi dendam. Begitu juga aku buat anda semua.

Moga hubungan silaturrahim antara kita tetap ukuh. Walaupun pernah rapuh. Pengakhir kata. Aku minta maaf. Ampunkan semua salah silap aku. Sementara aku masih sempat untuk memohon maaf.

2 comments:

  1. al-fatihah...
    Aku pun nak minta maaf sepanjang kita kenal...
    Semoga Persahabatan kita kekal...

    ReplyDelete

People responses..