Saturday, September 8, 2012

Raya the 1st.


Bersama housemate selepas selesai menghias rumah dan berhias beria juga untuk tujuan menghasilkan gambar ucapan ini. Hehe! Those sweet moment. 
Dari kiri: Aku, Eyda & Kak Mimi.

As salam, Selamat Hari Raya. Mohon ampun zahir dan batin. Tahun ni 1st time raya secara perseorangan (apart dari family la ceritanya) kerana tanggungjawab berbakti untuk negara. Eceh bahasa. Haha. Ikutkan dapat je cuti sampai raya ke-4 tapi kami tolak sebab nak rasa pengalaman beraya di wad. Mahal pengalaman ni buat kami yang newbies ni dan aku sangat la teruja. Haha. Ada kan orang macam ni? Harus.


Maka, nak dijadikan cerita bersungguh nak buat raya tahun ni meriah tak sedih bila dikenang tak dapat balik beraya sebab tinggal aku dan kakak mimi je kat rumah. Kami tak dapat cuti raya.  Aku nak hias rumah dengan lampu kelip, nak masak masakan special hari raya. Rendang, lontong, nasi himpit segala. 1st attempt ambil risiko untuk masak sendiri sebab sebelum ni asal raya je dah tentu-tentu mak yang masak. Aku incharge bab menghias rumah dan prepare untuk hidang orang datang bertakbir ke rumah je. Bangun esok tau-tau semua dah siap tinggal nak makan je. Nampak sangat kan? Hehe.


Semangat berkobar-kobar nak masak malam raya termati sebab malam raya tu aku kerja petang, pagi tu tak sempat beli sebab bangun pun malas-malas sloth. Tapi semangat tu berkobar balik lepas aku balik solat sunat raya tu. Kebetulan raya pertama aku tukar shift untuk kerja petang sebab nak solat sunat raya. Plus, tak la aku bangun sesubuh teresak-esak menangis sebab tak dapat balik raya bila dengar orang bertakbir. Membeli belah aku dengan kakak dengan gaya gegas di Carrefour The Sphere dipagi raya dengan berbaju raya segak berseri. (Bayang muka disuluh spot-light disertakan dengan sound effect berjalan dalam gerakan slow motion) Haha. Perasan lebih. 


Bertungkus lumus memasak rendang, lontong nasi himpit dan paling penting sedap la kan. Walaupun lontong tetiba ada cendawan pelbagai jenis. Janji rasa lontong. Hehe! Kami pun beraya makan beria dan bungkus-bungkus untuk bawa ke wad. Alhamdulillah rendang habis. Ramai kata sedap. Yeay! Boleh kahwin dah. Yeay! Yeay! Haha!


2nd raya punya cerita pula pergi beraya ke rumah Mr. Always Make My Day pula. Nervousnye seminggu sebelum puasa aku dah rasa dah. 3 hari sebelum nak pergi tu lagi la super super nervous. Decide nak buat Oreo cheese cake sebagai buah tangan. Buat subuh shafi'e sebelum pergi kerja. Pergi kerja pun dok teringat kek tu jadi ke tak. Stress. Haha! Balik tu tengok fridge..



Ini bukan gambar sebenar, tapi serupa la macam ni. Alhamdulillah. Ok boleh bersiap dan shoot ke rumah si dia. Lalala~ Bersiap perempuan faham-faham la. Lepas tu nak ke rumah dia tu dan-dan sesat dekat sejam. Nervous sangat punya pasal. Kesian dia tunggu lama. Sampai kek dah cair pun. Tak berapa seronok sangat la kan. Sob sob. Tapi dapat kad raya dari dia. Ceria balik. Hee!


Cuti raya aku start raya ke-9. Orang dah habis beraya dah aku baru nak terkinja-kinja pakai beraya. Balik kampung lepas habis shift malam. Balik kampong! Oooh Balik Kampung la oi oi! Jumpa mak abah, kucing kesayangan si Tam Tam

.

Ini la haiwan itu. Haih. Buah hati. Balik je mesti buli dia kalau tak tak lengkap hidup rasanya. 
HAHA! (Gelak zalim. Tolong la rasa seram)




Pada hari raya ke-12 tu jatuh pada hari lahir aku yang ke-15. Haha. Ok tipu. 25. Muda lagi. Sambut dengan kawan-kawan yang kebetulan semua ada kat Tapah. Hayati, (kembar tak seibu sebapa), Syafira, Andahar, Sha'ari, Farah Nadia (Esoknya birthday dia pula). Aku buat makan-makan. Jemput kawan dan staff Pusat Haemodialisis Darul Iltizam, Tapah. Esoknya sambut dengan family di KFC. Happy! Tapi gambar semua dalam kamera Abah Bila balik kampung je jadual packed dengan program dan aktiviti. Seronok. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sangat menyeronokkan dan keluarga yang sentiasa membahagiakan. Bersyukur. Dan hari berikutnya dipenuhi dengan aktiviti beraya ke rumah kawan-kawan. Ganesan pun beraya. 












Selamat Hari Raya 2012! 


No comments:

Post a Comment

People responses..