Saturday, July 28, 2012

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa


Saya dengan ini ingin mengucapkan anda seperti yang tertera pada tajuk diatas. Tapi fahamkah kita tentang maksud PUASA. Mari kita mengulangkaji tentang ibadah di bulan yang penuh barakah ini. Let's go!

Apa itu puasa? 

Puasa sering orang definisikan dengan tidak boleh makan dan minum.

 Tapi benarkah itu sahaja?


Puasa adalah menahan diri dari lapar dan dahaga serta nafsu dari perkara yang mungkar. Dari anggota badan, fikiran, mata dan hati itu sendiri. Selalunya puasa ini dilakukan pada bulan Ramadan atau bulan puasa. Tapi ada juga puasa sunat yang dilakukan pada hari-hari yang istimewa didalam bulan Islam.

 Mengapa kita perlu berpuasa? 

Antaranya untuk melatih diri supaya lebih berdisiplin, sentiasa bersyukur selain membentuk peribadi kita supaya menjadi muslim yang lebih baik. Jika kita mampu mematuhi setiap yang dilarang dan apa yang patut diamalkan pada bulan puasa. Dengan izin Allah, amalan itu akan berterusan untuk bulan- bulan yang mendatang pula. Moga diperkenankan.

Selain menahan makan dan minum. Apa lagi?

1.Hati.
 Semua perbuatan dan kelakuan kita datang dari niat, niat datang dari hati. Maka, perkara pertama yang perlu kita pertekankan untuk latih adalah hati terlebih dahulu. Hati yang yang sentiasa positif. Bebas dari syak wasangka, hasad, dendam dan malas.

 Hati siapa yang tak pernah tercalit dengan semua yang diatas tu? Ya, semua orang akan ada sifat itu tapi ada caranya untuk kita hindarkan dari ia menjadi lebih teruk seperti sentiasa bersangka baik pada semua orang. Walau dia tak berapa baik sangat secara terang-terangan. Yakin setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Dengan itu kita akan terhindar dari bersangka buruk. Jika yakin boleh membimbing dia kepada yang lebih baik atau hidarkan diri dari terlalu rapat jika anda mudah terpengaruh agar tidak mengikut yang tidak baik itu atau menjadi mangsa aniaya. 

Apabila rasa syak. Jangan segan untuk bertanyakan tentang kebenarannya. Hati yang tertanya-tanya tanpa mendapat jawapan yang dikehendaki akan membuat spekulasi sendiri yang tidak tahu akan benar atau salahnya. dan itu akan membuat ia menjadi tambah teruk dan bertambah dosanya. Anda faham maksud saya disini? Kalau faham, bagus! 

Sentiasa niatkan perkara yang baik. Jika terniat perkara yang tidak baik. Ingat ALLAH dan beristigfar. Moga dijauhkan dari niat itu lagi. Tambahan, apabila kita niatkan tentang perkara yang baik. Minda dan badan kita seiring menjadi gembira dan melakukannya dengan ceria. Pernah rasa kan?Pada yang belum. Cuba. Akan tahu ketenangannya. SubhanAllah. Hebatnya kejadian Allah.


2. Solat. Jangan tinggalkan solat 5 waktu. Solat itu WAJIB. Sukarela atau terpaksa. Kita WAJIB melakukannya. Wajib maksud MESTI BUAT JUGA! Bagi yang liat atau dah lama tak solat. Jangan pernah berputus asa untuk azam lengkapkan solat. Tidak pernah terlalu terlambat untuk berubah. Kita boleh berubah bila-bila masa. Maksud saya bila-bila. Tak perlu tangguh untuk esok atau lusa. Yang penting, MULA BUAT.

 Mula-mula nak start balik tu memang liat, malas, payah, buat sebab terpaksa, orang tegur, marah, bebel panjang-panjang. Tapi ambil positif. Kalau tak ada semua itu. Kita tak akan terniat untuk start buat. Mula dengan inisiatif sendiri. Download application waktu solat pada phone canggih kita, alarm pada setiap masuk waktu solat atau minta si dia ingatkan kita untuk solat atau rakam suara yang tersayang gerak kita untuk solat. (Aww~ sweet) Apa sahaja untuk kita bersemangat untuk solat.

Tak ada hukum yang mengatakan tak boleh untuk melatih diri untuk solat. Kalau dulu kita solat sebab mak abah kita suruh, takut kena marah-marah atau pukul. Sama juga disini. Cumanya subjek yang berlainan. Lepas tu bila solat dah jadi rutin harian kita. Diri kita akan ikhlas sendiri untuk solat pada waktunya. Kita akan rasa tak sedap bila sampai belum tunaikan solat sampai selesai. 

Dengan solat, hidup kita akan rasa lebih tenang, Kerana apa jua bangun kita. Kita bercerita pada Dia dan jatuh kita, mohon pada pertolonganNya. Maha Penentu dan Maha Mengubah.  Tiada apa yang boleh melegakan kita selain mengadu kepadaNya. Kita juga akan lebih berinspirasi untuk berkelakuan baik selain rasa sia sia melihat perkara tidak baik dan maksiat. Jujur, saya bercakap melalui pengalaman. Hasilnya sangat indah. Percaya pada kuasa Allah. Sentiasa.

3. Mulut. Berkata-kata tentang yang baik belaka. Banyak orang yang baik lakunya tapi teruk mulutnya, Jika ada yang rasa tidak berbaloi, boleh menyakikan hati orang lain atau sangat sembang sia-sia belaka. Baik simpankan sahaja dalam hati. 'Words are sharper than a knife' Itu maksud diam itu lebih baik dari berkata-kata. Sentiasa berkata-kata tentang yang baik tentang apa juga. Jika niat ingin menasihati. Gunakan kata-kata yang lembut. Bukan dengan perli maki. Kata yang lembut lebih efektif dari kata kasar atau pukul. Jika kita dapat kawal perlakuan kita yang ini. Kita akan lebih disenangi ramai. 

4. Marah. Marah itu sifat syaitan. Kita marah sebab dihasut syaitan. Kan? Tapi bulan ni syaitan kena rantai. So, jika kita cepat marah juga maksudnya. Kita sendiri memang dah ikut syaitan. Bukan kena hasut lagi dah. Cuba bersabar sehabis baik. Elak dari perkara yang boleh buat marah. Jika tak boleh tahan sabar. Ambil wuduk. Berdoa mengadu pada Allah moga ditenangkan hati. InsyaAllah. Pasti lega jiwa.

5. Banyakkan membaca tentang agama, latih diri dengan amalan2 sunnah Nabi s.a.w dan amalan sunat. Cari kat google, baca di Facebook, dengar ceramah di masjid atau di TV pun boleh. Jika ada persoalan tentang agama kita yang tidak jelas. Cari rujukan. Jangan biar tertanya-tanya. Latih diri mengaji Al-Quran. Baca tafsir bila lapang atau paling biasa sebelum tidur macam bedtime story dulu. Kan? Bermakna.

InsyaAllah dengan gabungan semua perkara diatas, jika dapat dilatih dengan baik pada bulan yang penuh berkat ini. InsyaAllah doa semoga kita semua menjadi muslim yang lebih baik. Untuk diri kita sendiri, keluarga dan saudara Muslim kita juga. Amin.


Akhir kata, selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadan dan selamat beramal. :)






No comments:

Post a Comment

People responses..