Saturday, May 5, 2012

Tenggiling Ku



Belian serentak bersama sahabat rapat. 
Kak Mimi dan Eyda.


Haiwan peliharaan ini secara rasmi menjadi hak milik aku sebelum Tahun Baru Cina Tahun 2012. Sudah lama aku idamkan untuk mengambil binatang peliharaan yang membolehkan membawa aku ke mana saja dikala aku ingin menuju ke destinasi yang jauh (eceh) membeli belah, dan mengangkat barang setiap kali pindah bak selori tu. Kalau tak, mak aku akan bertafakur panjang bila masa aku minta abah datang angkat barang. Haih~


Niat lainnya, boleh la aku bawa mak abah, adik beradik, sahabat handai jalan-jalan pabila sunyi sepi. Eceh.
lepas adanya binatang peliharaan ini. Puma (motor) tak juga disisihkan. Tetap setia memnbawa aku ke tempat kerja, membeli belah, pergi jogging, merempit eh tak. Hehe!


Bila dah ada...

Pergi daki Bukit Broga


Menyongket


Tolong kawan pindah rumah


Memeriahkan kenduri kahwin kawan-kawan.
(Bila aku pula?)


Dan menyongket lagi. Yeahehe!

Memang multitask tenggiling ni. Haha! Macam tuannya juga. Hehe. Macam-macam lagi tempat aku redah dengan binatang ni sambil memekik bajet bilik karaoke. Lepas ni nak aim rumah pula. InsyaAllah. 


No comments:

Post a Comment

People responses..