Tuesday, May 29, 2012

Mr. Make My Day


Dikala aku putus harapan diri itu muncul mengintai hati
Kusambut seperti biasa
Namun masih berhati-hati risau dikecundangkan
 lagi
Walau dia pun baru terluka tetapi masih tetap tabah

Menjalani hidup seperti biasa
Masih tidak berputus asa untuk mencuba lagi.
Tidak seperti aku. Terluka dan terus kecewa.
Teruskan hidup namun pedih. Putus harapan untuk menerima lagi
Aku lemah.

Dia cuit hatiku supaya ketawa bila aku terkenangkan sedih
Melihatkan ketabahannya membuat aku mencontohinya
Beriku semangat tatkala ku terhidu kekecewaan
Selalu menyakat mengusik hati manja ku

Timbulkan keceriaanku semula dalam tanpa ku sedar

Peribadinya yang jika bagi sesiapa gadis yang melihat
Akan tertambat seperti mana aku juga sekarang
Tanggungjawabnya pada yang Satu dan ibubapa sangat dititikberatkan
Itulah peribadi setiap gadis idamkan pada seorang suami
Macho dan handsome pada perilaku yang sopan dan berbudi bahasa
Maka dia tidak perlukan rupa bak Fahrin Ahmad
Melihatnya sudah cukup untuk buat ku tersenyum bahagia
Comelnya cukup tampan bagi hati ini


Terlalu banyak yang aku kagumkan tentang diri itu
Walau telah aku luah isi hati
Tetapi itu bukan penjamin aku akan memiliki dirinya
Yang Maha Berkuasa yang menentukan segala
Hanya doa yang mampu aku panjatkan
Moga jodohku indah seperti dia




2 comments:

  1. bertuah mr 'make my day' ada miss 'make his day'... hehehe..

    ReplyDelete
  2. awwww~
    terima kasih. harap begitu la. :)

    ReplyDelete

People responses..