Monday, May 7, 2012

Yang Tertinggal


Aku telah diterima menjadi Jururawat U29 UiTM di Kampus Perubatan Sg. Buloh pada bulan September. Antara detik paling bahagia setelah sekian lama aku mencari kerja tetap. Walaupun jawatan yang ditawarkan kontrak selama 2 tahun. Aku nekad. Aku akan buat yang terbaik. Demi kebahagian aku berkhidmat dalam bidang yang aku minati. Ini yang aku mahu dan aku tak akan sia-siakan. (Eceh, bersemangat sungguh Hidayah ni. -_-'')


Aku dan 3 lagi staff yang ditempatkan di Klinik Konsultasi. Ain, Rasidah, Nik. Kami ditugaskan untuk membantu dalam program PURE  dan HOPE UiTM sebagai Research Nurse part time sebelum ditempatkan di wad 1. Kajian tentang berapa kadar populasi di Malaysia yang berpenyakit kronik, mati tanpa sebab medikal dan berbagai lagi. Kami mengikut untuk melakukan health screening di Shah Alam. Seronok tetapi lebih penat berbanding kerja di wad.


Disana aku berkenalan dengan Efa, Azizi, Syamsul, Rahimi, Iwani. Researcher di UiTM. Start kenal masa buat rehearsal bertanya soalan program PURE pada penduduk. Kami rapat. Selalu lunch bersama. Kak Siti (bukan Siti Norhaliza. Bukan. Bukan.) Dimana beliau in charge untuk menjaga kami staff nurse baru ni. Banyak jasanya. Terlalu baik sekali. Masa aku temuduga dulu aku ada nampak dia lalu depan bilik temuduga. Aku terpana sekejap. Gayanya yang tegap, lemah lembut tapi tegas dan seperti contoh, untuk aku masa tu. Aku nak jadi macam ni. Aku bisik pada diri sendiri. Ya. Gan batte Hidayah!




Bulan Oktober 2011. Aku difahamkan bahawa aku terpaksa dihantar untuk mengambil pengalaman di PPUM dalam bidang Neurosurgical. Maka, dengan itu aku haruslah menyewa dikawasan berdekatan agar tidak menyukarkan aku untuk ke tempat kerja baru itu. Setelah sekian lama aku mencari rumah atau bilik sewa. Kebetulan aku SMS sahabat baikku si Deli berkenaan perkara tersebut. Dia menyatakan rumah sewanya hanya 2 minit ke sana tetapi beliau tidak tahu akan bagaimana caranya dan kebetulan juga dia sedang mencari rakan untuk menyewa sekali. Alhamdulillah. Rezeki.



Dengan itu, aku pun berpindahlah dari rumah mak sedaraku ke rumah sahabatku ini. Sungguh sedih hati ini namun inilah hidup. Aku tau aku akan rindukan rumah itu. Maknyah layan aku seperti anak sendiri. Dia memang nak aku kerja di Sg. Buloh. Senang katanya. Aku faham. Selalu bangun buatkan sarapan setiap pagi meneman aku dikala aku bangun sesubuh untuk iron baju ke kerja. Hari-hari bertanyakan aku macam mana hari aku hari ni. Dimana mak terlalu jauh untuk bercerita dan bermanja. Ok aku sedih.


..................................................................


Sekarang Maknyah sakit. Tapi aku akan balik ke Sg. Buloh tengokkan dia bila aku cuti. Sentiasa doakan dia akan sembuh seperti sedia kala dan kembali ceria seperti dulu. InsyaAllah. Itu je yang kakak mampu buat.




Banyak cabaran menimba pengalaman di Neurosurgical PPUM. Menangis. Rasa tak berguna. Sampai satu tahap nak berhenti menjadi nurse. Maknyah tempat luahkan perit memberi nasihat. Ok lega sikit. Tabahkan hati semata kerana pengalaman. Banyak benda yang nak kena start balik dari mula. Tak pe. Enjoy myself. Biarkan propa itu dibelakang. Yang baik aku ikut. Yang teruk tak perlu hirau. Ada juga yang ok boleh buat kawan. So ok la. Stress? Dengar lagu bagi mood ok balik. Lepas tu ok. Back to work. 




Sekarang dah nak masuk 7 bulan aku di situ. Dan setiap hari Jumaat kami akan berkumpul di UiTM. Hari untuk kumpulkan point untuk CNE plus strees-free day. Hehehe! Alhamdulillah. Boleh function dah. Banyak lagi yang kena belajar tapi insyaAllah. Aku akan pastikan aku master tentang Neurosurgical. Supaya aku jadi pioneer di UiTM yang cekap. InsyaAllah. Doakan aku ye. 





Kahwin? Ok. No komen. Malas nak fikir dah boleh? -___-''


No comments:

Post a Comment

People responses..