Sunday, August 28, 2011

Bulan Kegirangan!

Hahaha! (Kena gelak dulu sebab keseronokan yang berlipat ganda)


Genap 30 hari kita berpuasa. Kalau dulu beria-ria kena tengok kalendar nak ingat berapa hari dah kita berpuasa tapi tahun ni tengok berapa haribulan je dah tau hari ke berapa dah kita berpuasa. Syiok kan? Tahun ni Ramadhan yang tak boleh lupa sebab:

1. Kenangan berpuasa semasa berkerja di Pusat Heamodialisis di Jalan Damai, Tapah. Plus hari ni aku masih berkerja walaupun pada hari last berpuasa. Esok cuti raya dan kemudian kembali bekerja sampai raya ke-5. Trill tuuuu. Hehehe!

2. Opah belah mak Hjh. Zainab ada berpuasa di sini. Macam-macam resepi lama kegemaran atuk, onyang kami cuba. Bubur gandum, lepat pisang. You name it. Aku dah tau dah. (Dengan sangat riak)

3. Bulan penuh kegirangan sebab 20hb Ogos aku dapat tawaran berkerja di UiTM Sg. Buloh. Sangat teruja! Alhamdulillah. Tak sabar + risau boleh perform ke dan macam-macam lagi perasaan yang bercampur baur. Tetapi paling banyak sekali perasaan sangat berterima kasih. Aku mula lapor diri pada 19 September. (Sempat raya puas-puas dulu. Tak ada la terkilan sangat kalau tahun depan tak dapat beraya. Kih kih!)

4. Tahun ni memang hari ini dalam sejarah. Sebab jatuh pada 30 Ogos tu bukan sekadar meraikan Hari Raya. Tetapi, sekali dengan birthday aku. Double trouble! Esoknya pulak sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-54. Selamat ulangtahun Malaysia! (Pstt! Aku share birthday dengan Kaer Azami. Ngeee!)


Oh! Tak lupa juga untuk mengucapkan 


Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri!
kepada semua pembaca. Mohon maaf zahir &batin atas segala salah silap kata atau laku saya pada yang semua yang mengenali.


Selamat memeriahkan hari raya tahun ini semua. :) 




Gambar raya masa di kolej tahun 2008. 
Rindu!  Sob sob T_T


2 comments:

People responses..