Monday, August 1, 2011

Air Tenaga Ramadhan

Tak nak cakap banyak. Terus je nak bagi resepi (Macam pernah cakap berkias je aku kan?) 
Ok. bahan-bahannya ialah:

 Kurma sekotak (yang telah diasingkan biji)

Kismis sepeket

Buah Tin juga sepeket (yang telah direbus)

Gula melaka.

Sila klik pada nama bahan untuk mengetahui khasiat buah tersebut. :)



Cara-caranya:

1. Blenderkan kurma, kismis dan buah tin tersebut.

2. Masakkan air dalam periuk dan masukkan gula melaka. (Ikut citarasa)

3. Masukkan bahan-bahan yang telah diblender tadi ke dalam periuk dan diaduk rata sehingga mesra dan pekat.

4. Kordeal (maksudnya, hanya tambah air untuk diminum) minuman tenaga untuk sahur anda telah siap. Cadangan hidangan minuman ini dalam keadaan sejuk/ berais. 

Minuman ini boleh membekalkan tenaga selain khasiat untuk menghindarkan penyakit yang common di bulan puasa seperti gastrik, sembelit, buasir dan mencergaskan minda. 







Selamat mencuba!

5 comments:

  1. how long the cordial can be keep outside refrigerator?

    ReplyDelete
  2. if leave in the stove so you can keep heating it everyday, it will last longer. :)

    ReplyDelete
  3. if there is no stove?

    ReplyDelete
  4. just make it in a small amount per day. ;)

    ReplyDelete

People responses..