Wednesday, July 20, 2011

Talk About Online Shopping


Aku secara personally suka tengok katalog dan gambar online business ni. Biasa la perempuan. Benda tu nak beli ke, tak nak beli ke, tak perlu beli ke atau memang tak boleh beli pun nak tengok juga. Mana tau nanti ada gunanya kalau satu hari nanti nak guna ke. Kan?

Dangan ada nye teknologi sekarang ni kegiatan membeli belah tidak terhad pada shopping mall atau Tesco atau Jalan TAR kerana wujudnya kemudahan internet. Membeli menjadi semudah hanya di hujung jari.Online Shopping. Dimana semua disiarkan di dalam katalog di laman page di Facebook atau blog kebanyakkanya. Aku juga sangat terpengaruh dan gemar untuk membeli di internet.

Kenapa orang suka beli di internet?

Pertama, mungkin barangan itu tiada pada pasaran di serata kawasan pembeli. (Nak cakap terlalu rare) atau si pembeli terlalu malas untuk bersiap dan keluar untuk membeli.

Kedua, keseronokan semasa tempahan barang dibuat dan penantian untuk barang itu diterima di hadapan rumah/dalam peti surat amat-amat lah menerujakan. Wee!



Ketiga, dia saja gatal-gatal tangan nak habiskan duit dia sebab duit dia banyak sangat. Heheh! (Tak adalah, gurau je)

Tetapi, risiko untuk membeli di online ini seperti barangan yang kita lihat tidak seperti yang kita terima kadang2 nya. Sepeti beg yang kelihatan baik di gambar dan kelihatan renyuk apabila telah sampai pada kita akibat dari nak muatkan jugak dalam sampul pos laju tu. Hehe!



 Jikalau kasut atau baju perlulah sangat berhati-hati kerana saiz yang diterangkan kadangkala tidak sama dengan saiz sebenar badan kita melainkan bila diberi ukuran bahi, dada dan pinggang baju tersebut dengan lebih detail. (Tapi kita pun kena rajin la ambil pita pengukur untuk ukur bahu, pinggang dan dada kita pulak). Put an effort sikit. Berbaloi. Berbanding beli baju yang in the end tak boleh nak pakai lagi sedih. Mahal pulak lagi kan? Kalau kasut. Tak dapat nak tolong. Heee!

Kalau tudung rasanya tak ada masalah sangat. Accessory pun sama. Walaupun mahal ke murah ke tetap rasa berbaloi.

Disini ada dua online shopping yang saya rasa sangat berbaloi untuk anda meninjau dan membeli jika berkenan. Feel free to visit in.

1.  Lovely Pearls by Puteri Shahriza Megat Khalid

2. Pikalurve by Shafiqa Hashim



Till then, toodles!

2 comments:

  1. woww! thanks akak sebab mempromosi kan :))))

    ReplyDelete
  2. anytime dear, tengah nak cari online shopping mana yang berbaloi lagi nak post dan promote. hehe!

    later, nak join jugak la contest apa2 pun yang blogger ni buat. sekali sekala gets fashion crazy. nanti ateh tolong bagitau kakak ye. ;)

    ReplyDelete

People responses..