Tuesday, July 19, 2011

Bila Dah Bersama

Baru-baru ni kami mengembara masuk ke Gua Tempurung. Siapa kami tu? Haa itu semua kawan-kawan setia selama ni. Terdiri dari Hayati, Andahar, Shamsul, Farah Amira, Syafira, Farid, Sha'ari. Sebelum ni kami buat BBQ di Kuala Woh, Tapah (04022011)


Bako! Bako!




Tapi kembara  ke Gua Tempurung (17072011) baru ni special feature Kembar Fadlin & Adirah juga Adibah. Yeah! Sayangnya, Syafira, Farid dan Sha'ari pulak tak dapat join. Atas sebab yang kukuh. (Kenduri, kerja, sakit tapi bukan dia la)

Sebelum bertolak.

Kami pada asalnya telah booked pakej 4 untuk kembara ni. (Untuk maklumat lebih lanjut sila  rujuk link ini)  dan berpakat untuk berkumpul pada pukul 10.30am. Tapi sebab biasa la perempuan kan siap lambat (Nak masuk gua pun nak kena cantik-cantik. Nanti nak ambil gambar. Huehuehue!) plus masing-masing tak ada touchlight dan beria singgah di Tesco , Kampar atas tujuan itu. Maka, kami terlewat  dalam setengah jam. Kebetulan kereta Adirah  & Fadlin tak boleh start sebab low battery. Benda nak jadi. Dalam pukul 11.30am baru kami sampai ke destinasi. Lari dari jam pakej 4 yang berakhir pada pukul 11am. Sedih!

Sampai sana. Kami hanya disajikan dengan pakej 3. Tak extreme sangat la. Keciwa ni. Dah masuk dalam gua semua muka terkesima. SubhanAllah. Kejadian Tuhan. Kagum la macam mana dalam gua tu boleh jadi seindah itu. Dengan luas ya amat.  Setiap benda yang aku perhati dalam tu mengingatkan aku setiap bibit dalam movie 'Sanctum 3D' yang kitorang (Aku, Andahar, Hayati dan Syafira) tengok dulu. Andahar pun dok asyik sebut. 


Lepas tu, masa masuk dengan ramai-ramai tu. Sampai satu tahap. Tinggal kami 8 orang je yang teruskan perjalanan. Baru start pakej 3. Wee! Rasa sangat adventure walau tak dapat pakej yang dikehendaki. Kami memanjat, mengelongsor, meredah air, melompat sambil memujuk abang koodinator tu untuk bagi kami terus ke pakej 4. Hehehe! Dan setelah sekian lama memujuk, merajuk dan memujuk semula. Abang tu akhirnya lembut hati bersetuju untuk bagi pakej 3. 5 hahaha! Jadi la.. Yeay! (Tau tak azab nak pujuk dia tu. Haih) Bukan main gembira lagi kami ni. Disebabkan kami ni masuk pakej yang 0.5 tu dengan haram. Maka terpaksa la kami berhati-hati supaya koordinator yang lain tak tahu sampai terpaksa baring dalam gua sambil touchlight off dan diam-diam bila group lain lalu. (Takut kantoi) Tapi overall best sangat. Sampai akhir sekali dapat berendam di dalam air mata air dalam gua tu. Lega segala penat.  Baru syiok!


Dah habis. Wee!
(Penat)

Lepas habis kembara. Masa untuk breakfast yang terlepas + lunch. Makanan ditaja oleh Adirah. Abang tu pun join sekali sebagai tanda penghargaan kami akan usaha dan belas ke atas kami. "Lain kali datang awal" ayat yang diulang-ulang dari dalam gua sampai time makan tu.  =___=''

Dah makan semua mandi dan salin baju. Shooting time! Hahaha. Haruslah kan. Kenangan harus ada. Sampai terseliuh kaki aku sebab tangkap gambar punya pasal. Bukan masa masuk gua. (Buat kena gelak je) dan balik. 




Gambar ini untuk tujuan mem'promote' Gua Tempurung.
Keh keh keh!


Me & Fadlin.  ;)


TERBAIK!

6 comments:

  1. haaa Gua Tempurung kat mana eh? haha taktau! btw, mcm best siap ada pakej2.

    ReplyDelete
  2. @ sedah: Kat Perak. Belakang sikit dari simpang pulai depan Gopeng. Hehehe! Syiok wo. Try la pergi. :D

    ReplyDelete
  3. @ais hassan: ha'ah. looking forward untuk ke Bukit Broga. Jom!

    ReplyDelete
  4. yeah!!!kite pun lom p lg..nk join gak :-D

    ReplyDelete

People responses..