Thursday, June 30, 2011

Mulai Membenci Kamu.


Apabila kamu hanya berlaku baik apabila ada kepentingan. Andai kemahuan kamu tidak dituruti kamu secara langsung akan mendikriminasiMengata akan keburukan orang dengan tanpa sedar akan kelemahan sendiri. Sedangkan kamu sama sahaja. Tolonglah berubah dan belajar daripada apa yang telah berlaku berbanding dari hanya menunding kesalahan pada orang lain.



Sunday, June 26, 2011

Berangan..





 Nak join group break dance/ street dance. Lepas tu compete macam kat Showdown 8TV. Weee!








Hahahahaha. Lupakan je la Hidayah. ;p

Friday, June 24, 2011

Pengajaran Untuk Hidup Lebih Bahagia


* Mulakan dengan permikiran yang positif.

* Kawal emosi dangan baik. Orang suka lihat orang yang tenang 
walau hadapi apa pun keadaan yang kabut. :)


* Cakap hanya perkataan yang baik sahaja. Simpan atau berdialog la

 hanya didalam hati tentang perkara yang tidak elok.

* Berlaku baik pada semua orang tanpa mengharapkan balasan. 
Maka sifat dendam tidak akan wujud dalam diri kita.


* Sentiasa senyum, dan ikhlaslah melemparkan senyuman itu setiap kali.
Kerana orang dapat rasakan keikhlasan kita itu dan pahala pun dapat. :)

* Apabila melalui keadaan yang sukar, melakukan kesilapan. Jangan tertekan.

Gelak dulu, ambil nafas dan mulakan semula. :)

* Jangan dengar/berada dikelompok orang yang sedang bergosip.
Cuba buat sibuk dengan kerja lain. 



* Jangan dengar kata-kata orang yang perli, sindir, kata belakang.
Sebab ia hanya akan membuat kita rasa tidak yakin dengan dirir sendiri.

Minta nasihat dengan cara yang elok. Ia nyata lebih membantu dari menyindir.


* Selalulah meminta maaf sekira berlaku silap dan memaafilah orang lain.
Kerana semua orang berlaku silap dan berikan dia peluang untuk berubah.



* Lakukan kerja dengan seikhlas hati. Kalau tidak, cuba lahirkan rasa ikhlas itu.
Melakukan kerja dengan hati yang tidak ikhlas hanya akan memberi musibah.



* Cuba untuk tidak menyusahkan orang lain. Buat apa pun dengan sedaya upaya.

Meminta pertolongan hanya apabila benar-benar tidak mampu.



* Rapat hanya dengan orang yang boleh dipercayai dan contohi sifat itu.
Jadikan anda juga seorang kawan yang berbaloi didekati. 





Sama-sama kita mencuba untuk menjadi insan yang lebih baik. Tidak salah berniat untuk berubah. Malah orang akan lebih menyukainya.