Thursday, March 3, 2011

Sedih!

Marah, sedih pilu dan sayu. Pelbagai jenis perasaan bercampur aduk didalam hati ini. Apabila melihat jasad tanpa nyawa untuk berkhidmat untuk ku lagi. Handphone ku rosak. Express Music 5610. Walau tak secanggih Blackberry. Namun jasanya selama 4 tahun bersama di waktu sukar dan senang ,sedih dan gembira, bahagia dan kecewa, terpesona tak lupa jua menggelikan sangat tak terharga.


 Membantu menghubungi keluarga dan rakan-rakan dikala sangat memerlukan. Menghiburkan hati dikala gundah dan pilu dengan alunan dendangan mengusik jiwa. Paling cukup berharga adalah jasanya sebagai kamera yang professional selayak kamera yang berjenama dan tekun untuk mengabadikan setiap detik yang memberi makna pada hidup aku.


Merasa sangat teramat-amat sedih. Dimana kan ku carikan ganti sedangkan aku masih meminta kepada orang tua untuk berbelanja. Aku tidak berdaya. Keadaan semakin memaksa untuk aku lebih giat mancari kerja.
Baik! Berusahalah Nurul Hidayah.

No comments:

Post a Comment

People responses..