Thursday, March 3, 2011

Kepuasan.

Benar kata Encik Iskandar Zulkarnain. Kegembiraan yang terasa apabila dapat mengembirakan seseorang itu sangat puas. Hari ini hari aku merasakan kepuasan itu kerana dapat mengembirakan hati salah seorang sahabat rapatku. Bukan selalu aku berpeluang melakukannya selain dari menyusahkan sahaja. (~~ll. Tetapi, tanpa sahabat yang lain membantu, aku yakin sambutan itu tak akan menjadi semeriah ini. Terima kasih Hayati, Syafira, Shamsul dan Syukri.


Selamat menyambut ulangtahun kelahiran sahabatku. Bercerialah kamu pada hari ini. Hari ini adalah hari untuk kamu bergembira. Betapa puas hati ini melihat kamu tersenyum kegembiraan walau tidak ku zahirkan dengan kata-kata pada kamu tadi. Ketahuilah bahawa aku telah berjanji kepada diri sendiri akan mengembirakan kamu selagi aku menjadi sahabat kamu. Semoga kamu akan senantiasa gembira seperti hari ini. Amin. Semoga segala impian kamu untuk tahun ini menjadi nyata. Selamat mengharungi hari-hari mendatang dengan tabah. 




Selamat Hari Lahir Sha'ari!






Gambar: Ehsan dari Hayati. 




Lot of love
Nurul Hidayah Rosli.

2 comments:

  1. Dayah tak pernah menyusahkan sesiapa,Terima Kasih dayah,semua yg ada utk hari ini amat2 bermakna pada ak..sangat berbangga mempunyai rakan seperti korang semua..Sesungguhnya hari ini adalah hari yg terbaek dlm hidupku..InsyaAllah dayah,sama2 kita hendaknya..^^

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.
    Gembira mendengarnya.
    Kami juga begitu.
    Apa yang terbaik untuk mengembirakan semua.
    Friends forever!

    ReplyDelete

People responses..