Monday, February 28, 2011

Sepi Malam

Mendongak ke langit
Melihat bintang yang berkedip
Cuba mencari corak buruj
Belantik, biduk atau pari
Sambil melukis dengan jari


Sepi
Angin malam ini
Tidak mampu menidurkanku
Dimana dikala ini
Aku akan ditemani
Sahabat sejati
Bertanya khabar
Berbual gembira
Menceritakan hidup


Tapi
Kini, malam ini
Aku sendiri
Hanya mampu merindui
Mengenang kembali
Hanya tinggal memori
Tak mungkin kan jadi lagi


Benar kata Farid
Kenangan mengusik jiwa
Pedih, sakit, perit
Bagai tak tertahan lagi
Andai kupunyai keberanian
Akan ku pertanyakan tentang
Apakah kebenarannya


Namun
Aku golongan lemah
Hanya mampu melihat
Dan memendam rasa
Dia tiada lagi
Seperti dahulu
Jauh meninggalkanku
Ke alam nyata
Tak mungkin akan kembali
Pada aku disini


Aku miskin kesopanan
Walau hatiku kaya keikhlasan
Dia telah menemui
Apa yang dicari
Nyata bukan pada aku


Biarlah dia bahagia
Bisik ku sendiri
Aku terima hakikat ini
Moga insan lain kan sedar
Akan ketulusan hati
Yang sederhana ini


Pergilah
Aku mendoakan kasih abadi
Itu senantiasa kamu miliki
Biarlah aku disini
Menanti putera hati.




Selamat Malam Iskandar Zulkarnain.

Sunday, February 27, 2011

Wuahahahaha!!



3rd Edition

Ok. Dah tengok yang atas ni?



Sekarang tengok kat bawah ni pulak. 


Hahahahaha! Aku salah sorang contestant tu. Hahaha!

Dengar penjelasan aku ni dulu. Aku nampak pertandingan ni kat Facebook. Aku rasa macam best. Seteleh menelek satu persatu gambar dalam album tu aku decide apa kata aku try. Tapi bila aku baca ayat dia bagi bawah ni 

"Pastikan gambar anda betul2 cantik, jika tidak anda akan menerima email "Minta maaf penyertaan anda tidak diterima, harap dapat submit gambar lain"... Harap maklum. :)

Aku jadi teragak-agak dah. Tapi dalam teragak- agak tu tangan aku taip juga detail aku kat borang tu siap upload gambar lagi. Hahaha! Dia kata gambar akan ditapis dan jika layak gambar akan diupload dalam masa 3 hari. Aku tak tunggu pun.

Tadi masa aku ternampak post update Ratu Shawl Anggun Klasik ni. Aku tengok la album tu. Kot- kot la ada gambar aku. Tunggu lama untuk upload gambar satu per satu dalam album tu. Aku view gambar satu-satu. Banyak gambar nya. Aku ingat tak ada la gambar aku. Dalam masa yang sama aku pun bukak la satu tab lagi kat Google ni dengan niat nak bukak Yahoo email. Nak tengok la kalau aku dapat email seperti yang dinyatakan diatas tu.  Sekali pap! Aku terpana. 

Gambar aku??

Hahahahahahaha!!! Aku gelak tak mau-mau punya. Layak rupanya gambar aku ni. Hahaha!  

Kalau korang nak tengok klik siniGelak la korang puas-puas. Kalau korang baik hati korang 'like' la gambar tu.  Tapi sebelum tu kena la like page AnggunKlasik tu dulu. Selamat menge'like' ye. Hehehe!


P/s: Kalau masuk tu maksudnye gambar aku tu cantik la ye? Weee! :D
Pilihlah aku jadi..... lalala~ 

Thanks.  :)

Fall Hard!

Kosong

Detik demi detik
Hari demi hari.
Kosong.
Tiada pengisian berfaedah.
Apa nak jadi ni?

Tiap saat merasa hambar
Bagai hidup tak bermakna
Mungkin aku leka
Mungkin aku terlalu bangga
Dengan apa yang aku ada.


Mungkin aku abaikan
Apa yang patut aku hargai
Mungkin jua kerana aku terlalu selesa
Dan jadi terlalu malas
Untuk melalui sedikit payah 

Aku terpinggir
Terpinggir dari memikirkanNya
Walau tiap kali memikirkan untuk kembali
Niat hanya tinggal niat
Janji seperti sengaja dilupai
Dari hari ke hari

Mungkin ini balasanku
Apabila terlalu medambarkan cinta seorang hamba
Aku tak endah cinta Maha Esa.
Sahabat semakin jauh
Hidup semakin malap
Diri semakin kusut
Aku dibuai dunia


Kini,
Aku terdesakkan pembimbing
Untuk memimpinku
Mencari cahaya Nya
Biarlah tiada yang mencintai
Agar aku dicintai Nya


Tapi mustahil
Untuk menemui hamba Allah yang ikhlas itu
Atau menemui keredhaan yang hakiki
Aku hampa


Biarlah aku berusaha sendiri
Seperti aku selalu
Walau aku tak yakin
Mampukah aku untuk istiqamah
Dari mengharap dan kecewa lagi.

Tuesday, February 22, 2011

Drama Print Screen.

Hahaha! Lawak sungguh rasanya. Kebodohan diri ini kelihatan begitu terserlah hari ini. Hahaha!

Macam ni ceritanya. Setelah sekian lama dok tengok ramai la manusia yang ligat mendajal kawan mereka atau juga meromantik2 kan diri dengan menge'post' gambar dari komputer masing2 atau lebih dikenali sebagai 'Print Screen'. Aku pun mengeletis la juga nak buat. Nak print apa? Ececeh~ (Ada lah! Sibuk je..) Hehehe!

Lepas tu semangat la cari software kat Google ni nak download. Dalam masa yang sama bertanya kepada kawan2 yang agak2 tahu pasal benda ni. Memula semua blur je. Aduh~ sedih la macam ni.
But then ada seorang kawan yang tulus hati ni bagitau. Sukanye hati. Rupenye senang je. Tak payah download2 software apa2 pun. Ada je kat keyboard ni. (Aku je yang bengap tak reti guna. Haha)

Maka dengan ini, aku nak share ilmu print screen pada sesiapa yang pun tak pernah ada idea macam mana nak buat benda ni kan (Yang tau tu tak pe la. Anda memang genius. :D)

Ok. Mari kita mulakan sesi pembelajaran.

1. Mula2, pastikan anda dah click di page yang anda kehendaki untuk ditayangkan.

2. Tekan butang 'Print Screen' di keyboard anda dimana bersebelah kanan anda. (sebelah F12)

3. Cari dan bukak 'Paint' di start menu anda.
Start > All programs > Accessories > Paint.

4. Click butang 'Edit' kat atas tu dan click 'Paste'

5. Tadaaa!

6. Edit la ala kadar sama ada nak crop kat kat Microsoft Office Pictute Manager ke atau edit kat Photoshop ke (Merapu je)

7. Pastu upload la kat mana website yang anda nak tayang. Kat blog ke, Facebook ke suka hati anda la.

Contoh:


Ok. Selamat mecuba!

Sharing is caring.

P/S : Lepas ni boleh dah dajal orang kat Facebook siapa2 yang salah eja. Hehehe!

Hari Yang Hambar.

Hari ni rasa sesangat la boring. Tak tau nak buat apa. Kemas bilik dah, basuh kain dah, Tengok facebook sunyi je. Nak ajak kawan keluar rasa bersalah sebab 3 hari berturut2 keluar luar biasa lama nya. Dari pagi sampai malam. Selalu sekejap2 je. Dia lagi la. Siap tidur rumah aku berapa kali dah. Kesian kat dia. Bagi dia rehat. Aku pun rehat sama (Nak menyongket je kerja yah ni. Haih!)

Pas dah boring tengok facebook.Aku stalk blog orang pulak. Kih kih kih! Syiok wo. Blog kawan2, sedara mara, orang yang aku tak kenal dan paling menarik minat aku bila stalk blog Kevin Zahri.
(Sorry ye jangan marah ye Encik Kevin) Bukan sebab aku nak kuruskan badan tengok blog ni. (Ada la sikit2. Haha) Tapi, suka tengok video tentang how he fall in love and get married pastu have a kid dan some of the activity dia dengan anak dia. Comel! Honestly, a guy who really looking forward into family things ni. Memang mudah menambat hati perempuan. Aww!

Hahaha! Itu je nak cerita untuk menceriakan hari yang hambar ni. Peace! (^^) v

Wednesday, February 16, 2011

Bercerita Tentang Masa Depan.



Ok topik hari ini ialah tentang masa depan. Bila bercakap pasal masa depan ada orang macam dah boleh bayang dah apa yang dia akan jadi atau capai masa tu. Ada pulak yang macam kabur2 je. Ada pulak yang tak nampak apa2 pun, just lalui je hidup yang ada terbentang di depan nya. Terpulang pada individu. Hidup masing2.

Kalau tanya tentang masa depan pada kanak2,mereka mesti akan menceritakan tentang apa yang diorang nak jadi lepas habis belajar, cita2. Kalau tanya pada remaja pulak mesti menceritakan tentang sambung belajar, kerja, kahwin dan aset. Berbeza kalau bertanya dengan golongan dewasa (Veteran) tentu mereka akan menceritakan tentang anak2, impian yang masih tak tercapai contoh nya, pergi haji ke, melancong atau aset lagi. Seronok kan? Bercakap tentang masa depan ni kan? Hah? Tak? Ok kamu tak best la. Hehehe!

Bagi aku, kalau bercakap tentang masa depan ini aku akan bayangkan kerja yang stabil. Dimana aku mampu untuk mula merealisasikan satu persatu aim dalam hidup aku dan aku tak perlu segan2 untuk meminta apabila meinginkan sesuatu malah dapat memberi apa yang mampu untuk mengembirakan hati abah dan mak. Juga untuk mula mengumpul peralatan asas kehidupan seperti barangan elektrik, perabot. Aset peribadi seperti motor, kereta dan kalau ada rezeki lebih, rumah untuk dijadikan rumah sewa dan modal sikit untuk bawak bisnes mak kehadapan. InsyaAllah. Amin.

Lepas dah mampu macam tu mesti la fikirkan pasal kahwin kan? Hahaha! (Tak mampu lagi pun dok sibuk fikir gak. HAHA!) Calon pun tak ada lagi ni. Aku bukan meinginkan seorang yang kaya, hensem atau bergaya tapi mendambarkan seorang yang bertangungjawab. Diulangi sekali lagi bertanggungjawab, mempunyai matlamat dalam hidup, selaku kawan paling karib a.k.a tempat rujukan, sayangkan aku dan mempunyai pegangan agama sebagai seorang suami. Untuk menanggung, membimbing dan membahagiakan aku dan anak2 aku nanti. InsyaAllah. Kalau dapat pulak mak dia sporting. Extra bersyukur la aku. Hehehe! ;)

Aku pula akan berusaha menjadi isteri yang taat dan pencinta yang romantik, ibu yang mithali, chef professional, stylist, planner dan juga selaku rakan karib terbaik untuk suami dan anak2. Ewah. Heee :D

Bila ada anak, kalau boleh aku nak anak aku 'cukup' keperluan dari segi pemakanan, pemakaian, pendidikan, bimbingan agama dan tatasusila. Maksud aku 'cukup' disini bukan bermaksud cukup dengan sekadar ada je. Tak juga bermaksud bermewah belaka. Tetapi memberikan yang terbaik untuk mereka. Supaya mereka merasa selesa dari konflik kehidupan dan bebas dari halangan untuk terus belajar dan mencapai kejayaan. Aku tak nak mereka merasa kekok untuk menghadapi dunia nanti. Faham tak target aku ni? Kalau faham baguslah.

Kalau ada rezeki dah bertahun kerja, aku nak sambung belajar. First Midwifery. Pastu ambik degree atau post basic. Kalau post basic aku berminat dalam Nutrition Nurse. Ia menarik pada aku sebab ia dikaitkan dengan semua penyakit plus, credit sebab dipraktiskan untuk family aku juga ataupun bahagian Accident & Emergency. Pergh! Baru trill beb. Hehe!

Priority plan masa depan aku sebenarnya lebih kepada anak2 berbanding untuk diri sendiri. Contohnya, bila aku tau je aku pregnant kami selaku parents anak, akan sepakat untuk buat tabungan anak sebulan RM50 seorang anak. Maka, bila dia dah umur 18 tahun nak sambung belajar. Tak la berat sangat kami membanti tulang untuk menanggungnya dan macam2 lagi plan lain untuk mereka. Kalau ada rezeki pergi melancong sama2.

Itu dia perancangan tentang masa depan aku. Buat masa ini, ini dulu. Kalau ada lagi nanti aku tambah atau aku post kat entry yang baru ye. Ok thanks. :)

Saturday, February 12, 2011

As white as pearl. As lovely as you.

Cantik kan? Ini new arrival item hasil kreatif dari Lovely Pearl. Ada banyak lagi yang boleh dilihat yang pasti menawan hati anda. Mutiara asli dari benua borneo dengan design yang tersendiri berbaloi untuk digayakan di tangan, baju dan tudung anda. Selamat ber- online shopping! :D