Monday, November 28, 2011

Chill!



Cheers to the freakin' weekend

I drink to that, yeah yeah

Oh let the Jameson sink in

I drink to that, yeah yeah

Don't let the bastards get ya down!
Turn it around with another round
There's a party at the bar everybody put your glasses up and I drink to that
I drink to that.



Life's too short to be sittin' round miserable


People gon' talk whether you doing bad or good, yeah

Got a drink on my mind and my mind on my money, yeah

Looking so bomb, gonna find me a honey
Got my Ray-Bans on and I'm feelin' hella cool tonight, yeah
Everybody's vibin' so don't nobody start a fight, yeah-ah-ah-ah



Cheers to the freakin' weekend

I drink to that, yeah yeah

Oh, let the Jameson sink in

I drink to that, yeah yeah
Don't let the bastards get ya down
Turn it around with another round
There's a party at the bar everybody put your glasses up and I drink to that
I drink to that.



'Bout to hop on the bar, put it all on my card tonight, yeah.



Might be mad in the morning but you know we goin' hard tonight

It's getting coyote ugly up in here, no tyra

It's only up from here, no downward spiral

Got my Ray-Bans on and I'm feelin' hella cool tonight, yeah
Everybody's vibin' so don't nobody start a fight, yeah



Cheers to the freakin' weekend

I drink to that, yeah yeah

Oh let the Jameson sink in

I drink to that, yeah yeah
Don't let the bastards get ya down
Turn it around with another round
There's a party at the bar everybody put your glasses up and I drink to that
I drink to that.



Cheers to the freakin weekend

I drink to that, yeah yeah

Oh let the Jameson sink in

I drink to that, yeah yeah
Don't let the bastards get ya down
Turn it around with another round
There's a party at the bar everybody put your glasses up and I drink to that
I drink to that.
And I drink to that.
I drink to that.
And I drink to that.




Ok. Mari minum Sunquick semua! 

Sunday, November 20, 2011

Betapa Aku Suka Akan Lagu Ini


Ia ibarat kaca yang berdebu

Jangan terlalu keras membersihkannya
Nanti ia mudah retak dan pecah

Ia ibarat kaca yang berdebu
Jangan terlalu lembut membersihkannya
Nanti ia mudah keruh dan ternoda

Ia bagai permata keindahan
Sentuhlah hatinya dengan kelembutan
Ia sehalus sutera di awan
Jagalah hatinya dengan kesabaran

Lemah-lembutlah kepadanya
Namun jangan terlalu memanjakannya
Tegurlah bila ia tersalah
Namun janganlah lukai hatinya

Bersabarlah bila menghadapinya
Terimalah ia dengan keikhlasan
Karena ia kaca yang berdebu
Semoga kau temukan dirinya
Bercahayakan iman


P/S: Lelaki patut dengar lagu ni. Wanita akan pasti lembut hati kalau ada yang berusaha untuk lakukan seperti diatas pada mereka. Jujur.



(Sorry video ni orang punya kat Youtube. Main rembat je kan?
Tapi nada dalam lagu ni lagi sedap berbanding yang asal.)

Wednesday, November 16, 2011

So Much Things I Have Grabbed!

First.
This two! Hee. 




I bough these last Eid. One for the vintage looks and one for the ladies look. Hik!
Love them both.

Second. 
New Wallet.



Body GloveWallet. The one much more practical than mine before which way more bigger and dense.
It also fit my uniform pocket. That's most important feature I adore besides the color. :}  

Third.
And at last. 




My Nokia E7. For so long I've been dreaming to have this such phone.
Now it's in my hand. My Sweetheart *Awkward position. Ergh. Muah!*




What's your wishlist?

Wednesday, October 12, 2011

Baru


Tempat kerja. Baru.

Rakan-rakan. Baru.

Bos. Baru

Gaji. Baru.

Tempat tinggal. Baru.

Suasana kerja. Baru.

Perasaan. Baru jugak.



Yang tak baru..??



Gigi. (Masih belum buat braces. Tunggu sponsor)

Kereta. (Masih belum ye. Mungkin nanti. Tengah aim ni)

Handphone. (Macam nak beralih ke Samsung je. 
Nokia E7 tak banyak barang yang kedai jual. Sedih! )

Penampilan diri. (Masih selebet. Harap maklum)

Calon suami. (Masih tiada. Sila volunteer. Haha! *Gurau)


Disertakan dengan gambar terbaru.




Wah! Bukan main bahagia sekali rupaku. Tunggu kamu attachment nanti Hidayah.
 HAHA! (gelak syaiton)




P/S:  Selebih lanjut. Nanti cerita bila rajin nak tulis panjang-panjang. (Sekarang bukan malas. Cuma kurang rajin sikit. Sikit je. Ehehe!) 






Tuesday, September 27, 2011

Aku Teringin..





..nak tengok kucing gelak. Kenapa muka haiwan ni ada serius, sedih, sakit, lapar, beria tapi tak ada reaksi bila kelakar?


 = =''


SubhanaAllah.





Monday, September 12, 2011

Life




In life we all have an unspeakable secret, an irreversible regret, an unreachable dream and an unforgettable love.  - Diego Marchi


Sunday, August 28, 2011

Bulan Kegirangan!

Hahaha! (Kena gelak dulu sebab keseronokan yang berlipat ganda)


Genap 30 hari kita berpuasa. Kalau dulu beria-ria kena tengok kalendar nak ingat berapa hari dah kita berpuasa tapi tahun ni tengok berapa haribulan je dah tau hari ke berapa dah kita berpuasa. Syiok kan? Tahun ni Ramadhan yang tak boleh lupa sebab:

1. Kenangan berpuasa semasa berkerja di Pusat Heamodialisis di Jalan Damai, Tapah. Plus hari ni aku masih berkerja walaupun pada hari last berpuasa. Esok cuti raya dan kemudian kembali bekerja sampai raya ke-5. Trill tuuuu. Hehehe!

2. Opah belah mak Hjh. Zainab ada berpuasa di sini. Macam-macam resepi lama kegemaran atuk, onyang kami cuba. Bubur gandum, lepat pisang. You name it. Aku dah tau dah. (Dengan sangat riak)

3. Bulan penuh kegirangan sebab 20hb Ogos aku dapat tawaran berkerja di UiTM Sg. Buloh. Sangat teruja! Alhamdulillah. Tak sabar + risau boleh perform ke dan macam-macam lagi perasaan yang bercampur baur. Tetapi paling banyak sekali perasaan sangat berterima kasih. Aku mula lapor diri pada 19 September. (Sempat raya puas-puas dulu. Tak ada la terkilan sangat kalau tahun depan tak dapat beraya. Kih kih!)

4. Tahun ni memang hari ini dalam sejarah. Sebab jatuh pada 30 Ogos tu bukan sekadar meraikan Hari Raya. Tetapi, sekali dengan birthday aku. Double trouble! Esoknya pulak sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-54. Selamat ulangtahun Malaysia! (Pstt! Aku share birthday dengan Kaer Azami. Ngeee!)


Oh! Tak lupa juga untuk mengucapkan 


Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri!
kepada semua pembaca. Mohon maaf zahir &batin atas segala salah silap kata atau laku saya pada yang semua yang mengenali.


Selamat memeriahkan hari raya tahun ini semua. :) 




Gambar raya masa di kolej tahun 2008. 
Rindu!  Sob sob T_T


Sunday, August 7, 2011

One Item Check!

Merujuk kepada entry yang dahulu 'Things To Grab' tentang wishlist aku buat masa ini. Aku telah jayanya mendapatkan satu dari barangan tersebut. Walaupun bukan dari brand yang exactly aku idamkan. Tapi, ia tetap memikat dengan design yang sangat comel + simple + tampak ayu dan yang penting, warna pink (warna kelembutan) Tak sangka koleksi dari Casio pun ada yang comel-comel. Selama ni nampak edgy dan elegant je. Hehehe! 

Casio Sheen


Sangat puas hati. Alhamdulillah. Lagipun aku dah ada 1 dari Swatch. Beralih selera pulak pada Casio. Lepas ni brand lain pulak. Baru variety. (Mode hati berbunga-bunga)

Monday, August 1, 2011

Air Tenaga Ramadhan

Tak nak cakap banyak. Terus je nak bagi resepi (Macam pernah cakap berkias je aku kan?) 
Ok. bahan-bahannya ialah:

 Kurma sekotak (yang telah diasingkan biji)

Kismis sepeket

Buah Tin juga sepeket (yang telah direbus)

Gula melaka.

Sila klik pada nama bahan untuk mengetahui khasiat buah tersebut. :)



Cara-caranya:

1. Blenderkan kurma, kismis dan buah tin tersebut.

2. Masakkan air dalam periuk dan masukkan gula melaka. (Ikut citarasa)

3. Masukkan bahan-bahan yang telah diblender tadi ke dalam periuk dan diaduk rata sehingga mesra dan pekat.

4. Kordeal (maksudnya, hanya tambah air untuk diminum) minuman tenaga untuk sahur anda telah siap. Cadangan hidangan minuman ini dalam keadaan sejuk/ berais. 

Minuman ini boleh membekalkan tenaga selain khasiat untuk menghindarkan penyakit yang common di bulan puasa seperti gastrik, sembelit, buasir dan mencergaskan minda. 







Selamat mencuba!

Saturday, July 30, 2011

Sehari Sebelum Bulan Ramadan

Dah lama tak jumpa terutama sekali Sha'ari sebab kesibukan dengan aktiviti harian beliau. Semalam kami gather lagi ramai-ramai sebelum masuk bulan berpuasa di Secret Recipe Bandar Baru, Kampar.  Pada asalnya nak makan stimboat. Tapi, pelbagai halangan pula. Akhirnya kami singgah di sini saja. Hari tu juga kejutan untuk kami semua sebab Andahar bawa buah hatinya sekali. Hehehe! Tahniah untuk beliau dan moga kekal hingga ke akhir hayat. Ameen. Ok let's the picture tell all the story. Roll!


Snap! Snap!

Keropok monni! Keh keh.

The girls. Tu dia si buah hati Andahar. Hehe!

We all had a great time!

Prawn macaroni with cheese. Pilihan hati. ;9

Jejaka terhangat. Fresh from Tapah.

Gadis tercomel dari Tapah



Anyway, Selamat menyambut bulan Ramadan semua. 

Moga ibadah yang kita lakukan pada bulan ini dapat dikekalkan sampai bila-bila dengan penuh istiqamah. 
Sama-sama kita doakan. Ameen.



Monday, July 25, 2011

Aku Nak Kahwin!

Setelah selesai membantu di kenduri bersanding pakcik sedara di Langkap. Rasa nak bernikah dan berada disamping orang yang disayangi dan menyayangi setiap masa teramat-amat melonjak-lonjak. Digosipkan pula dengan rakan si pengantin. Haha! ( Sedara saje sakat je). Aku layan kan aje. Sebab dia memang baik pun, lemah lembut budinya, ringan tulang orangnya. Siapa tengok pun mesti berkenan. Yang pasti dia tak berkenan pun kat aku haha!.  Minat sifat dia tu. Jarang lelaki ada semua tu. Itu je pun. Baru-baru ni tersayang dah pergi kursus pra perkahwinan. Terujanya dengar dia cerita tentang apa yang diajar dalam kursus tu. Aku? Entah. Nanti la ada rezeki lebih nak ajak kawan-kawan pergi bersama. Tak ada la segan sangat pergi sorang-sorang. Gambar tak banyak. Sebab sedara ramai yang ambil guna phone masing-masing. Tak sempat nak share. 

Sepasang Raja Sehari 23/7/11

Uncle Iskandar & Untie Amy

Uncle Iwan & Untie Iza


Ziela Jalil & Julia + Haji Deris Girls



Bidadari Penyambut Tetamu


Sesi Membuka Hadiah

Bermimpi kejap di atas pelamin orang. Hehehe!

Sedih! Nak kahwin tapi tak ada siapa pun nak ajak. Wuuu~

Wednesday, July 20, 2011

Talk About Online Shopping


Aku secara personally suka tengok katalog dan gambar online business ni. Biasa la perempuan. Benda tu nak beli ke, tak nak beli ke, tak perlu beli ke atau memang tak boleh beli pun nak tengok juga. Mana tau nanti ada gunanya kalau satu hari nanti nak guna ke. Kan?

Dangan ada nye teknologi sekarang ni kegiatan membeli belah tidak terhad pada shopping mall atau Tesco atau Jalan TAR kerana wujudnya kemudahan internet. Membeli menjadi semudah hanya di hujung jari.Online Shopping. Dimana semua disiarkan di dalam katalog di laman page di Facebook atau blog kebanyakkanya. Aku juga sangat terpengaruh dan gemar untuk membeli di internet.

Kenapa orang suka beli di internet?

Pertama, mungkin barangan itu tiada pada pasaran di serata kawasan pembeli. (Nak cakap terlalu rare) atau si pembeli terlalu malas untuk bersiap dan keluar untuk membeli.

Kedua, keseronokan semasa tempahan barang dibuat dan penantian untuk barang itu diterima di hadapan rumah/dalam peti surat amat-amat lah menerujakan. Wee!



Ketiga, dia saja gatal-gatal tangan nak habiskan duit dia sebab duit dia banyak sangat. Heheh! (Tak adalah, gurau je)

Tetapi, risiko untuk membeli di online ini seperti barangan yang kita lihat tidak seperti yang kita terima kadang2 nya. Sepeti beg yang kelihatan baik di gambar dan kelihatan renyuk apabila telah sampai pada kita akibat dari nak muatkan jugak dalam sampul pos laju tu. Hehe!



 Jikalau kasut atau baju perlulah sangat berhati-hati kerana saiz yang diterangkan kadangkala tidak sama dengan saiz sebenar badan kita melainkan bila diberi ukuran bahi, dada dan pinggang baju tersebut dengan lebih detail. (Tapi kita pun kena rajin la ambil pita pengukur untuk ukur bahu, pinggang dan dada kita pulak). Put an effort sikit. Berbaloi. Berbanding beli baju yang in the end tak boleh nak pakai lagi sedih. Mahal pulak lagi kan? Kalau kasut. Tak dapat nak tolong. Heee!

Kalau tudung rasanya tak ada masalah sangat. Accessory pun sama. Walaupun mahal ke murah ke tetap rasa berbaloi.

Disini ada dua online shopping yang saya rasa sangat berbaloi untuk anda meninjau dan membeli jika berkenan. Feel free to visit in.

1.  Lovely Pearls by Puteri Shahriza Megat Khalid

2. Pikalurve by Shafiqa Hashim



Till then, toodles!

Tuesday, July 19, 2011

Bila Dah Bersama

Baru-baru ni kami mengembara masuk ke Gua Tempurung. Siapa kami tu? Haa itu semua kawan-kawan setia selama ni. Terdiri dari Hayati, Andahar, Shamsul, Farah Amira, Syafira, Farid, Sha'ari. Sebelum ni kami buat BBQ di Kuala Woh, Tapah (04022011)


Bako! Bako!




Tapi kembara  ke Gua Tempurung (17072011) baru ni special feature Kembar Fadlin & Adirah juga Adibah. Yeah! Sayangnya, Syafira, Farid dan Sha'ari pulak tak dapat join. Atas sebab yang kukuh. (Kenduri, kerja, sakit tapi bukan dia la)

Sebelum bertolak.

Kami pada asalnya telah booked pakej 4 untuk kembara ni. (Untuk maklumat lebih lanjut sila  rujuk link ini)  dan berpakat untuk berkumpul pada pukul 10.30am. Tapi sebab biasa la perempuan kan siap lambat (Nak masuk gua pun nak kena cantik-cantik. Nanti nak ambil gambar. Huehuehue!) plus masing-masing tak ada touchlight dan beria singgah di Tesco , Kampar atas tujuan itu. Maka, kami terlewat  dalam setengah jam. Kebetulan kereta Adirah  & Fadlin tak boleh start sebab low battery. Benda nak jadi. Dalam pukul 11.30am baru kami sampai ke destinasi. Lari dari jam pakej 4 yang berakhir pada pukul 11am. Sedih!

Sampai sana. Kami hanya disajikan dengan pakej 3. Tak extreme sangat la. Keciwa ni. Dah masuk dalam gua semua muka terkesima. SubhanAllah. Kejadian Tuhan. Kagum la macam mana dalam gua tu boleh jadi seindah itu. Dengan luas ya amat.  Setiap benda yang aku perhati dalam tu mengingatkan aku setiap bibit dalam movie 'Sanctum 3D' yang kitorang (Aku, Andahar, Hayati dan Syafira) tengok dulu. Andahar pun dok asyik sebut. 


Lepas tu, masa masuk dengan ramai-ramai tu. Sampai satu tahap. Tinggal kami 8 orang je yang teruskan perjalanan. Baru start pakej 3. Wee! Rasa sangat adventure walau tak dapat pakej yang dikehendaki. Kami memanjat, mengelongsor, meredah air, melompat sambil memujuk abang koodinator tu untuk bagi kami terus ke pakej 4. Hehehe! Dan setelah sekian lama memujuk, merajuk dan memujuk semula. Abang tu akhirnya lembut hati bersetuju untuk bagi pakej 3. 5 hahaha! Jadi la.. Yeay! (Tau tak azab nak pujuk dia tu. Haih) Bukan main gembira lagi kami ni. Disebabkan kami ni masuk pakej yang 0.5 tu dengan haram. Maka terpaksa la kami berhati-hati supaya koordinator yang lain tak tahu sampai terpaksa baring dalam gua sambil touchlight off dan diam-diam bila group lain lalu. (Takut kantoi) Tapi overall best sangat. Sampai akhir sekali dapat berendam di dalam air mata air dalam gua tu. Lega segala penat.  Baru syiok!


Dah habis. Wee!
(Penat)

Lepas habis kembara. Masa untuk breakfast yang terlepas + lunch. Makanan ditaja oleh Adirah. Abang tu pun join sekali sebagai tanda penghargaan kami akan usaha dan belas ke atas kami. "Lain kali datang awal" ayat yang diulang-ulang dari dalam gua sampai time makan tu.  =___=''

Dah makan semua mandi dan salin baju. Shooting time! Hahaha. Haruslah kan. Kenangan harus ada. Sampai terseliuh kaki aku sebab tangkap gambar punya pasal. Bukan masa masuk gua. (Buat kena gelak je) dan balik. 




Gambar ini untuk tujuan mem'promote' Gua Tempurung.
Keh keh keh!


Me & Fadlin.  ;)


TERBAIK!

Sunday, July 17, 2011

You Always Make Me Cry

 Dear you...
who I used to be with,

I never though of someone to ever had a crush at me as you do when I was that young. And you never told me about it until that day. The one who really notice me as the way I am. I can't imagine how happy I was. I just cried. Then, we hop to be in relationship. Really had a great time. Till when you start to be overprotected, whine for an attention and sulking frequently if been ignore. When I was in practical mode and busy to cope with the new environment. I just need space for myself  for a while sometime I wish you could understand. But, failed. So, we decided to go on our own. I've cried. Why it's has to be this hard? .


For so long we haven't met. You came back and convincing me that you will change to be more understanding. You have been so humble, calm and inspired and yes we be re-in relationship again. I wish that would be a good start of our new relationship. But totally I was wrong again. You've be the same. You make me cried again.


And now, after we decided to be just friend. You keep telling me about your dream to life your life with me. All the effort to change the attitude, saving for me and our future and all the things you said you will undertake it for me. It just make me touched and yes cry again and again. But, I'm still afraid to believe. It would be just a words and turn out to be just the same.


 You always make me cry from all the words that you've said, the things that you've done, the dreams you have fantasies and the better life you've promising me and the same old you when I'm so into you and your promises. I had enough of it. I'm tired of crying. Just leave me and go on your own as I go on my own too. 'Us' is will never exist again in our life and let's face it. I wish you  and me will find our ideal love one and live happily ever after.  Ameen.




Tabiat.


Masa baby - Hisap jari. 

Masa kanak-kanak - Gigit kuku.

Masa remaja - Cabut rambut gatal/ rosak.


Dewasa - ????

Apa lagi tabiat lepas ni?  Haih~

Cara Aku Berterapi.

Setengah orang mengupah untuk mengurut untuk menghilangkan lenguh- lenguh badan. Setengah orang pula lebih rela mengunjung pusat terapi spa yang terbaik untuk tujuan yang sama. Ok. Untuk golongan yang  rasa macam malas untuk mencari tukang urut yang rasi dengan kita dan terlalu bakhil untuk melaburkan duit ditempat sebegitu. Mari belajar terapi di rumah sambil online. Ini bukan pakej promote seperti Rm100 di Facebook. Tapi, untuk kesihatan. Hehehe! Tak tau la korang tapi aku selalu buat.

Bila on lappy selalunya aku tak pakai bateri. So haruslah bergantung penuh pada bekalan elektrik yang ada. Maka, setelah lama meng'online' dan AC adapter pun semakin panas. Untuk menjadikan ia tidak sia-sia memanaskan diri. Aku dengan letak kaki aku atas tu. Dapat rasa macam bertungku. Kaki pun hilang lenguh. Aku pun selesa online. (Side effect dia aku tak tahu. Tak pernah nak kaji)  Kih kih kih! Itu je tips untuk hari ni. Terima kasih.



Tuesday, July 5, 2011

Rindu Akan Kakak Mimi



Kakak, Yah sedih. Yah rindukan kakak.
Yah rindukan semangat kakak supaya tak tingggalkan solat.
Yah rindukan untuk pergi jalan-jalan dan shopping tak ingat sama-sama.
Yah rindukan tempat yah mengadu masalah & untuk dengar nasihat.
 Yah rindukan untuk masak bersama-sama.

Yah rindukan kakak temankan yah bila yah takut tidur or pergi tandas.
Yah rindu untuk berkongsi ilmu agama lagi.
Yah rindukan kakak tolong jaga perbelanjaan yah tiap-tiap bulan.
Yah rindu teman untuk dengar lagu nasyid sama-sama.
Yah rindu nak sakat kakak.
Yah rindu semangat yang kakak bagi bila yah dah tak berdaya.
Yah rindu nak rasa dimanja.
Yah rindu kakak layan kepala otak sengal yah.


Yah rindu kakak sangat!

Monday, July 4, 2011

Tahukah Anda?



Tangan lelaki yang berurat timbul itu sangat seksi!

Ya, kerana ia menunjukkan lelaki itu seorang yang rajin berkerja dan membantu.

Ergh! Cair tengok. Haih Hahaha! ;)