Wednesday, December 29, 2010

Aku memang dilahirkan untuk hidup SEORANG.

Orang ramai cakap "Kamu anak perempuan seorang, mesti kamu manja kan?'' Manja lah sangat. Aku rasa aku hanya manja dengan abah je. Adik-beradik semua suka buli aku. Bila ada abah je aku rasa selamat.


Aku pun perasan mak baru nak mula rapat dengan aku masa aku form 3. Masa tu aku tomboy sangat. Dengan cara aku cakap, jalan, lagak. Habis lelaki dah. Cuma tudung memang tak tinggal (Alhamdulillah). Maybe dia pun rasa gap dia dengan aku. Plus, risaukan aku akan terus jadi tomboy sampai bila-bila kot. Aku perasan dia mula beli aku baju yang lebih keperempuanan, tegur aku cara aku berkelakuan. Start tu baru aku rasa mak perasan kan aku. Seriusly, sebelum tu aku hanya dengan abah je apa-apa pun.


Aku tak pernah masuk asrama untuk jadi berdikari. Aku belajar untuk hidup sendiri. Aku tak pernah pisah dengan mak dan abah sampai bila nak masuk kolej. Itu pun payah. (Tuhan je yang tahu). Aku tak pernah kerja lepas SPM dan STPM. Tapi lepas kolej aku, aku belajar kerja, hidup. Ok. InsyaAllah. Boleh berdikari la anak abah ni.


Mak macam tak percaya aku boleh hidup berdikari. Yela, aku kan tak pernah pisah. Tapi sebab semangat mak tu ada dalam darah aku. Plus, Allah ada dengan aku.Alhamdulillah. Aku tak mudah terpengaruh dengan pengaruh negatif kat sini. InsyaAllah. Walau ke mana pun aku pergi. Aku tetap macam mana aku sepatutnya. Tak perlu risau sangat.


Kadang-kadang, bila tengok orang ada BF, aku sedih je. Yela, bila apa-apa pun BF dia tolong. Aku tak dapat merasa macam tu.Apa-apa pun masalah pun, aku sorang jugak yang handle sendiri. Nasib baik juga ada ramai kawan-kawan yang baik hati. Alhamdulillah. Tapi, kadang-kadang tak semua ada masa untuk kita masa susah-susah tu. Sampai kalau dah tak termampu aku nangis kan aje sampai reda dan mula balik fikirkan jalan penyelesaian. Tak apa, semua pasti ada hikmahnya.


InsyaAllah. Berusaha Hidayah! Jangan pernah berputus asa ye. Gan bate!

No comments:

Post a Comment

People responses..