Friday, December 31, 2010

Let Go.

I am just an irritating for you.



Won't HOPING for you anymore.

So long..

25 Tentang Saya.

"once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random, things, facts or goal about you. at the end, chose 25 people to be tagged. you have to tagged the person who tagged you. if i tag you, its because i want to know more about you. "

Haha! Kena tag dengan si Qasedah. Lama aku tatap je benda ni. Baru hari ni aku nak tulis pasal benda ni.
Ahahahaha! Anyway, terima kasih ya sedah!

Tak ada apa pun yang menarik tentang aku ni tapi, tak apalah. Ok . Mari kita mulakan!

1. Nama Nurul Hidayah Rosli. Ada panggil Nurul, Dayah, Hidayah, Idayah ( Budak india panggil macam tu. Hehe). Ada yang panggil Yayah dan bagi kalangan keluarga dan jiran-jiran pulak panggil 'Kakak' je. Nama perli mak selalu bagi ' Puteri Limau Purut'. Kenapa? Aku pun tak tau. Haha! =__=''
(Ada lagi satu, aku tak nak sebut kat sini. Segan~ Ahaha)

2. Lahir kat Hospital Tapah. Berat 2.8 kg je. Normal delivery. Overdue 7 hari dengar dari sumber yang dipercayai. (Sebenarnya tak nak keluar. Haha!) Degil ya amat. Seorang je anak perempuan dari 5 orang adik beradik. Manja? Dengan abah. Ye. Sangat-sangat. Jeles? Ada aku kesah? Haha.

3. Berketurunan Bugis (Mak) + Siam (Abah). Tu sebab senang je nak 'nyelap' (marah dalam loghat Perak). Mak asal dari Parit, Perak dan abah dari Gombak, Selangor. Boleh la cakap sikit-sikit loghat Perak tu. Hehe! Seronok lagi dengar orang kampung bersembang bila balik sana. Best je. :)

4. Seorang yang payah nak rapat dengan orang pada mula nya.Tapi, kalau dah rapat. Memang tak segan punya orang. Sebab suka tengok hati budi orang tu dulu sebelum kawan. Bukan memilih nak standard je. Jangan salah faham. Mesti memilih dari segi ketulusan, keikhlasan dan kejujuran. Tambah- tambah bila dengan kawan dengan lelaki. Kena betul-betul make sure dia boleh dipercayai. Lagi satu, aku jenis senang terpengaruh. Lebih baik terpengaruh dengan benda-yang baik-baik, ye dak? Tapi overall, semua orang aku kawan. Tak pilih rupa atau status. Mana yang baik dia aku contohi, mana yang buruk aku jadikan tauladan. Tak ada masalah. Asalkan tak dengki khianat, mengambil kesempatan atas kebaikan aku, perli-perli tak kisah la depan ke belakang ke, tepi ke, atas ke. Sebab aku tak pernah nak sibuk-sibuk hal orang. Sebab kalau aku berlaku baik dengan kamu. Aku mengharapkan kamu juga begitu dengan aku.

5. Berkarakter ceria senantiasa ( Sentiasa ke?Ahaha!) Kadang2 tu Emo jugak. Biasa la kan? Tak kan nak selalu gelak je. Tak kan tengah2 sedih aku gelak pulak. Kang orang hantar aku ke Tg Rambutan. Tak memasal pulak ye dak?

6. Keanak-anakan sedikit kadang-kadang (Kadang-kadang ke? Hehe!) Aku ni jenis memanja sikit. Yela, Orang tak ada beradik perempuan. Nak memanja dengan abang tak selalu dapat. Dengan kawan2 jela aku merasa nak memanja ni selain dari parent aku. Hehehe!

7. Kepala gila2 sikit. Kalau aku nak buat sesuatu perkara tu aku buat jugak. Rare atau tidak. Apa heran kata orang. Experimental itu penting. Itu cara aku belajar. " I do than I understand". Ingat tak quote tu?

8. "Matured than its look" Ececeh~ Aku nampak je macam ni. Happy tak tentu hala. Tapi secara mentality aku matang. Yela. Cuma bukan aku tak boleh nak berlaku matang. Tapi aku lagi enjoy lagi jadi diri aku sebenar. Pernah la jugak cuba jadi macam dewasa yang matang sepatutnya. Sumpah aku rasa boring. Hahaha! +_+~*

9. Banyak mulut. Suka bertanya, suka bercerita, suka berkongsi maklumat mana yang tahu. Payah nak senyap. Aku pun rimas jugak kadang2. Hahaha!

10. Terlalu jujur sampai tak pandai sangat nak guna ayat ambil hati ni kekadang sampai kadang2 menyakitkan hati orang. Tapi tak bermaksud sezalim ayat yang digunakan. Harap faham. Sedang cuba membaiki kelemahan yang satu ni.

11. Suka sakat orang. Tah, seronok sakat orang ni. Tapi cara kadang2 kasar. Kepada yang pernah/selalu kena jangan ambik hati ye. Sorry sangat. Seronok. Hehehe.

12. Suka memasak. Tapi tak la rajin sangat. Suka masak Western food, Chinesse, Jepun, Korea. Tak boleh lupa la masakan sambal, tumis-tumisan dan gulai. Kalau tak tak layak la panggil anak dara melayu. Ye bukan? (Macam kenal ayat ni ye?) Hati seronok tengok orang berselera makan apa yang kita masak tu. Kan? Kan? C:

13. Kurang makan ayam je. Itu pun ada part yang makan jugak. Lagi satu produk kelapa selain nata de coco. Durian pun. Tapi, tempoyak minat. Hehehe! Yang lain semua makan. Paling suka sayur. Kalau makan lauk tak ada tak apa. Jangan sayur. Aiyo~ tak ada selera. Suka makan sushi, nasi lemak, nasi ayam, mee rebus. ;9

14. Rajin mengemas/menghias lagi dari memasak. Haha! Noktah.

15. Hobi menari. Saja2 menari. Tak la pandai sangat. Tapi minat. Namun, Alhamdulillah tak la sampai nak masuk club ke disco ke. Sendiri2 tengok sudah la. Hehehe! (Selalu jugak kantoi dengan kawan2 yang intai) Malu lah macam ni. Ececeh~

16. Menyanyi pun hobi jugak. Suka berkaraoke dengan kawan2. Suara tak la sedap mana. Jadilah untuk lepaskan perasaan. Bukan artis pun. Hehe.

17. Shopaholic. Suka membeli belah. Sebagai salah satu terapi stress. Tak semesti barang itu mesti berjenama atau mahal. Yang penting cantik, berbaloi dan tahan lama. Kalau pergi jalan2 mesti beli 1 barang. Kat kedai runcit pun jadi. Asal kan membeli barang. Setangah orang kata aku suka membazir. Aku beli barang yang aku nak pakai sebab aku segan nak meminjam barang orang ni. Itu je.

18. Ok, cakap pasal meminjam barang ni. Aku jenis sangat payah nak pinjam barang orang. Dengan itu, aku harap orang pun macam tu dengan aku. Sebab kedekut tu satu. Kedua, nak mengelak kan dari kena tuduh kalau apa2 jadi. Nak beli la. Kalau tak mampu buat cara tak mampu. Kalau aku sendiri offer tu lain cerita. Sebab aku pun hanya akan offer pada orang yang tau jaga harta sama macam aku juga.

19. Boleh jadi seorang yang berani. Macam nak tanya, mencuba atau menyuarakan sesuatu. Tapi ada tempat2 boleh jadi seorang yang penakut tegar. Contoh nya: Anthropophobia (fear of people) bila tak kenal atau berada di tempat asing, Achluophobia (fear of dark place), Katsaridaphobia (fear of cockroaches) dan Takadadalamsenaraiphobia (fear of ghost). Hehehe!

20. Suka perhatikan orang. Duduk mana2 pun. Tengok style, ragam. Mana yang OK, contohi. Mana yang tak elok, belajar.

21. Suka kawan dengan lelaki lagi dari perempuan. Sebab dulu tomboy, dah biasa. Kawan dengan perempuan ni cepat terasa hati, merajuk, suka gosip. Tak bagus sangat.

22. Ok, sambung seterusnya. Jenis payah nak marah orang. Kalau tak puas hati ke apa2 ke suka jumpa depan2 tanya slow2. Yang salah tetap salah.Tapi tak perlu nak heboh2. Setiap manusia ada perasaan malu. Bagitau tuan punya badan je dan minta dia ubah. Susah sangat ke? Baru matang. Cara settle pun baik.Tak suka jugak nak perli2 ni. Suka cuba letak diri kita kat tempat orang tu. Macam mana dia rasa bila dia kena perli. Macam tu la kita tak nak rasa. Tapi tak semua orang macam tu.

23. Suka nak mencuba sukan yang extreme. Buat masa ni tak banyak yang dapat cuba. Akan mendedahkan diri untuk menyertai persatuan yang sebegitu. Hehehe!

24. Seorang yang bercita2 tinggi dan yakin dengan apa yang dicitakan dengan berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah s.w.t untuk mencapai nya. Berdedikasi apabila berkerja. Terlalu mementingkan kesempurnaan dan jujur.

25. Sangat menyukai kucing. Makhluk Tuhan yang paling disayangi, digemari, disukai. Tak hairan lah kenapa kucing tu haiwan kesayangan Nabi s.a.w.Memang menyenangkan hati.
Kalau duduk kat mana2 pun. Tengok haiwan ni. Lega tekanan. Suka juga haiwan yang lain. Tapi, ini kegemaran lah. Hehehe!


Ok. Dah habis 25 tentang aku. Masa untuk tag orang pulak. Ehehehe!





P/s: Tak banyak sebab tak tau siapa lagi yang ada blog. =__=''

Wednesday, December 29, 2010

Aku memang dilahirkan untuk hidup SEORANG.

Orang ramai cakap "Kamu anak perempuan seorang, mesti kamu manja kan?'' Manja lah sangat. Aku rasa aku hanya manja dengan abah je. Adik-beradik semua suka buli aku. Bila ada abah je aku rasa selamat.


Aku pun perasan mak baru nak mula rapat dengan aku masa aku form 3. Masa tu aku tomboy sangat. Dengan cara aku cakap, jalan, lagak. Habis lelaki dah. Cuma tudung memang tak tinggal (Alhamdulillah). Maybe dia pun rasa gap dia dengan aku. Plus, risaukan aku akan terus jadi tomboy sampai bila-bila kot. Aku perasan dia mula beli aku baju yang lebih keperempuanan, tegur aku cara aku berkelakuan. Start tu baru aku rasa mak perasan kan aku. Seriusly, sebelum tu aku hanya dengan abah je apa-apa pun.


Aku tak pernah masuk asrama untuk jadi berdikari. Aku belajar untuk hidup sendiri. Aku tak pernah pisah dengan mak dan abah sampai bila nak masuk kolej. Itu pun payah. (Tuhan je yang tahu). Aku tak pernah kerja lepas SPM dan STPM. Tapi lepas kolej aku, aku belajar kerja, hidup. Ok. InsyaAllah. Boleh berdikari la anak abah ni.


Mak macam tak percaya aku boleh hidup berdikari. Yela, aku kan tak pernah pisah. Tapi sebab semangat mak tu ada dalam darah aku. Plus, Allah ada dengan aku.Alhamdulillah. Aku tak mudah terpengaruh dengan pengaruh negatif kat sini. InsyaAllah. Walau ke mana pun aku pergi. Aku tetap macam mana aku sepatutnya. Tak perlu risau sangat.


Kadang-kadang, bila tengok orang ada BF, aku sedih je. Yela, bila apa-apa pun BF dia tolong. Aku tak dapat merasa macam tu.Apa-apa pun masalah pun, aku sorang jugak yang handle sendiri. Nasib baik juga ada ramai kawan-kawan yang baik hati. Alhamdulillah. Tapi, kadang-kadang tak semua ada masa untuk kita masa susah-susah tu. Sampai kalau dah tak termampu aku nangis kan aje sampai reda dan mula balik fikirkan jalan penyelesaian. Tak apa, semua pasti ada hikmahnya.


InsyaAllah. Berusaha Hidayah! Jangan pernah berputus asa ye. Gan bate!

Saturday, December 4, 2010

Konvo ?

Konvo 15 Januari 2011 ni? Dulu kata bulan 4 2011. Tak apalah. Cepat sikit. Bagus juga.
Dah lama tunggu untuk konvo ni. Nasib baik dah kerja. Ada duit nak bayar semua tu. Kalau tak? Kesian abah kena keluar duit untuk anak dia konvo. Alhamdulillah. Aku bersyukur.


Cuma lain kali bagi la tau 6 bulan awal. Kan senang nak saving untuk konvo tu. Mohon la yang ini betul2. Bukanlah ura2 lagi. Harap2 sangat. Ameen. Kalau betul. Yeay! Yeay! :D Kalau tak. Pffttt! Haha!