Tuesday, November 30, 2010

Perancangan.


Ok. Aku telah menggidamkan banyak benda untuk dicapai dalam masa aku berkerja ni. Untuk bulan ni. Aku fikir aku nak simpan untuk pakai pendakap gigi. Tapi memandangkan keadaan aku memaksa untuk aku ada motor. Aku terpaksa habiskan ambik P motor aku dulu.


Kemudian, aku kena simpan untuk dapatkan motor pulak. Bab motor apa. Aku tak putuskan lagi. Ikutkan aku minat motor skuter. tapi memandangkan nasihat orang sekeliling aku menyatakan tak berbaloi.


Maka, aku akan cari motor bisa je la kot. Tengok lah nanti macam mana. Kalau ada duit lebih hasil OT ke apa ke. Aku baru pakai pendakap gigi. Hurm~ Tertangguh lagi. Tak pe. InsyaAllah ada rezeki dapat la. Tak sabar rasa nya.


P/S: Bila pulak boleh ambik Toyota Rush ni. Haih~ HAHAHAHA!

Cuti 2 Hari !




Lepas bertungkus lumus kerja malam selama 4 hari. Dapat jugak aku merasa balik kampung. Walaupun bukan lama tapi cukup la bagi aku nak melepas rindu kat mak, abah dan kucing-kucing kat rumah ni. Dah lama sangat aku tak balik. Rindu nak makan masakan mak puas-puas, rindu nak peluk-peluk mak, tidur dengan mak, rindu nak tatap muka abah, sembang-sembang, gurau senda, rindu nak buli peluk-peluk si Tam, rindu kat bilik aku. Plus aku nak ambik kad lesen kereta aku. Lawak ya amat rupa nya. Hahaha! Tak nak letak kat sini. Malu~.


Esok aku kerja petang. So, pagi-pagi dah kena shoot balik KL. Argh! Honestly, aku tak ada rasa nak balik langsung kat sana macam rumah sewa yang dulu. Ada jugak exited nye. Boring. Kerja je buat aku lupa kejap enviroment situ. Dengan kawasan memang sempitkan otak. Sumpah aku aku rasa hidup macam tak bermakna. Tak ada life melainkan kerja dan tidur. Aku tak bersosial melainkan hanya dengan Facebook je. Aku nak cari kawan yang boleh bawak aku jenjalan. Bukan la aku ni kaki jalan. Tapi, enviroment ni buat aku rasa aku perlu keluar bila free. Namun, kecewa.


Sampai sini je aku dah jumpa Deli. Hati aku dah gembira sesangat dah. Betapa aku rindu nak lelepak sesama dengan dia. Share cerita masing-masing. Aku enjoy sangat. walaupun sesama duduk KL. Tapi tak jugak selalu jumpa. Masing-masing busy dengan career masing-masing. Aku faham.


Aku tak ada kerja pagi-pagi ni. Aku teringat yang aku ada blog tapi tak pernah nak telek. So, tadi aku costum cecantik(cantik ke? biasa je kan). Pastu aku aku tulis la post ni. Wah! selamat ber-bloging Nurul Hidayah Rosli!